Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, February 01, 2009

Maklumbalas selepas aktiviti di Kijal

1.Aktiviti pembahagian pakaian berjalan dengan lancar dan pada mata aku mendapat sambutan baik dan meriah.Tak kisahla sama ada mereka yang benar-benar memerlukan atau pun tidak.
2.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan.Ini yang mengecewakan aku.Sedikit kudrat dan pengalaman yg aku ada tak dapat dikongsi dengan anak-anak setempat. Alasannya amat memalukan. Beberapa hari sebelum tu wakil kami telah berjumpa dengan wakil setempat dan memaklumkan untuk menggunakan dewan sivik bagi tujuan ini.Wakil setempat tersebut bersetuju boleh dengan syarat membayar RM50 sebagai sewa dewan.Memang itulah standard operation procedure nya. Tapi itu atas kertas. Dewan tersebut bukannya diaudit betul-betul. Sekali guna takkan terus kena buat maintenance. Senang cerita itu undang-undang manusia. Tujuan kami nak bantu anak-anak di situ. Bukannya kami kutip yuran pun. Dan kami bukannya ada sumber kewangan, kami bukannya badan NGO yang mendapat geran daripada kerajaan. Jadi, kami kecewa! Apabila kami tiba pada hari tersebut, kami dapati pintu dewan terbuka. Kami menjangkakan ada program di situ. Apabila ditanya, tukang jaga dewan menjawab, "Hari tu kata nak guna dewan untuk kelas". Kami jawab, "Kan hari tu da bagitau tak jadi sebab kena bayar RM50". Tukang jaga dewan balas, "Ala.. tak payah bayar laa..". Kami terkedu.. tambah kecewa. Kami pun perlu buat persiapan untuk mengajar. Bukan boleh main ajar je. Tapi, yang penting kami kecewa dengan sikap orang tersebut.
~~~~~~~~~~
Dah 3 kali Khamis berturut-turut aku deman/selesema. Tergendala Aktiviti malam Jumaat aku. Rugi sungguh!

5 comments:

setjiweluke said...

mengecewakan sungguh...

mrs hafiidz nadia said...

hmm..manusia memang begitu

Cursive said...

Dah 3 kali Khamis berturut-turut aku deman/selesema. Tergendala Aktiviti malam Jumaat aku. Rugi sungguh! <--- aikk.. aktiviti ape ni fazri? hahahaa..

FastRi said...

macam2 aktiviti sunat malam jumaat ni. baca yaasin,qiamullail, solat sunat tahajjud dan lain2 termasuk bagi salam pada isteri huhuhu

zeezam said...

duit duit duit.


*sigh*