Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, January 11, 2009

Tahun baru, banyak pengalaman baru

Salam.
Selamat tahun baru Hijrah 1430, tahun baru Masehi 2009, dan tahun baru Cina. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas.
Tahun ni aku macam jadi orang baru. Macam baru lahir. Dari segi kehidupannya (life) begitulah. Setelah empat tahun berumah tangga, kini tahun kelima barulah aku dapat merasai betul-betul kehidupan berumah tangga. Sebelum ni kami terpaksa hidup berjauhan dek kerana pada aku orang-orang yang mempunyai kuasa sengaja memisahkan kami. Aku di Dungun, isteri setahun di Kuala Lipis, 2 tahun di Kuantan, dan setahun di hulu Kemaman. Memang menyeksakan, terutama dari segi kewangan dan mental. Alhamdulillah tahun ni isteri dapat pindah ke Dungun. Itu pun setelah merayu-rayu untuk mendapatkan hak sendiri.
Kini:
+ Bangun pagi sama-sama, siapkan diri untuk ke tempat kerja.
+ Tahun ni giliran aku yang kena hantar/ambik anak ke rumah pengasuh memandangkan rumah pengasuh on the way aku ke tempat kerja. Kesian jugak bila terpaksa angkat anak yang tengah sedap tidur.
+ Balik kerja lebih kurang sama, rehat, berekreasi, buat kerja rumah sama-sama.
Memang seronok. Kini baru aku boleh gelarkan diri aku dah berumahtangga dalam erti kata sebenar. Nak bekerja pun seronok. Tak terasa terbeban.

Apa-apa pun syukur yang tak terhingga. Cuma sedih, menjelang tahun baru, saudara di Palestin menderita.

1 comment:

Unknown said...

wah wah..macam tu la bagus kan..banyak sgt kerenah birokrasi, smpi 4thn duk bjauhan..tahniah la yek..