Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, November 01, 2008

Hibernation.... in perfume garden

Salam sejahtera.
Ini sudah bulan 11. Piang (baca: musim) tengkujuh mula mengintai, bau-baunya walaupun sayup, sudah bermain di rongga hidung. Suatu rahmat yang bagi sesetengah orang memang menakutkan atau merisaukan.
Dalam satu hal, aku memang ternanti-nanti bulan 11. seterusnya bulan 12. Masa untuk aku lebihkan masa untuk famili, untuk kawan-kawan dan untuk hal-hal lain yang tak sempat aku sempurnakan sebelum ini. Cuti panjang kawan-kawan. Siapa tak suka.
Dan... untuk itu juga, aku terpaksa merehatkan seketika (harap-harapnya begitulah) blog ini. Jangan harapkan 'post' baru dalam jangka masa ini.. kecuali ia akan muncul dalam keadaan-keadaan tertentu. Ini kerana aku tidak mempunyai kemudahan internet di rumah. Blog ini berjalan dengan menumpang talian internet di tempat kerja. Pada aku, buat masa ini, internet masih lagi merupakan kehendak, bukannya keperluan.
Untuk itu, aku pohon maaf atas segala kesalahan yang dibuat, sedar atau tidak, juga jika ada yang tersinggung.
Selamat bercuti
Selamat hari raya korban
Selamat tahun baru
Jumpa lagi di tahun 2009 kalau panjang umur dan ada rezeki.
DRSA #9 di pasaran (gelap) Disember ini

5 comments:

syik s. said...

yeay! drsa will be back!

Unknown said...

lame lg la ko nak update blog nih..huhuhu..

taK$uB II said...

lapas habis cuti aku nak ang update banyak2 cerita2 menarik....biaq muntah budak2 ni baca

Si Jambi Darat said...

fazri..aku nak beli DRSA!yeay!!

zeezam said...

people, u can get DRSA #9 from me kalau fazri bz sbb aku wholesale byk. haha.

emel ke at :

kongsigelap@gmail.com

utk info, alamat, no hp, temujanji sekitar KL :D

terima kasih :D

- zeezam