Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, March 30, 2009

Kematian

Sungguh suatu kebetulan.Post sebelum ini berkenaan dengan kelahiran.Kali ini berkenaan dengan kematian.Begitulah hidup kita yang cuma dipinjamkan sementara.Hidup lawannya mati.

Seorang sahabat, Suraya telah kembali ke rahmatullah pada 15 Mac yang lalu akibat kemalangan jalanraya.Aku cuma tahu beberapa hari yang lepas. Itu sahaja berita yang aku dapat. Tiada berita/maklumat lanjut. Mungkin tidak ramai yang mengenalinya. Gambarnya pun aku tiada. Cuba cari di internet pun tak dapat.

Suraya - Aku mula mengenalinya apabila mula mengutuskan surat kepadaku sebagai editor DRSA pada akhir 90-an. Pada tahun 2001 buat pertama kali aku berjumpa dengannya bersama Abira, Ibrahim Ganyang dan Piesay (kalau tak silap) di Shah Alam. 2002 dia ikut aku pergi gig di Teratak Dangdut. Akhir tahun 2004 sebelum aku kahwin aku jumpa dia juga di Shah Alam. Dan terakhir pada tahun lepas aku dan famili berjumpa dengan dia di Johor Bahru. Itu sahaja. 4 kali pertemuan sepanjang perkenalan lebih kurang sepuluh tahun.

Suraya - seorang sahabat yang baik. Aku hormat cara dia. Dia pernah beberapa kali menyumbang sesuatu untuk DRSA. Dan sumbangan terakhir beliau akan aku masukkan dalam DRSA terbaru, InyaAllah April/Mei ini.

Suraya - berjanji untuk terus bersahabat hingga akhir hayat walaupun aku dah berkeluarga dan jika dia dah berkeluarga. Janji tersebut tertunai kini. Cuma dia belum sempat berkeluarga.

Aku kehilangan seorang lagi sahabat. Yang tinggal cuma kenangan. Itu pun kalau kukuh tersemat di ingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Faatiah.

7 comments:

Mince4AM said...

begitu pendek tempoh kelahiran dan kematian..ibarat waktu diantara azan dan sembahyang. Kita lahir diazankan...kita mati disembahyangkan.. Alfatihah juga kepada isteri dua pupu saya yang baru sahaja meninggal dan kini jenazahnya berada di dungun

Nan @ Nan Tsab said...

al-fatihah...

Dhani said...

salam takziah buat keluarga Suraya.

Anonymous said...

innalillah..

lepas ni turn kite pulok!

are we ready?

-pwokrwol

Cursive said...

al-fatihah

Anonymous said...

semua editor zine circa 2000 kenal akan insan bernama Suraya

zeezam said...

takziah