Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, April 15, 2009

Di mana nilainya?

1. seorang pelajar yang bermasalah di sekolah, selalu ponteng,merokok,bergaduh, buat hal dalam kelas, melawan guru dan sebagainya. Di sekolah, kadang-kadang bila nampak guru dia akan lari atau mengelak. sesekali bila berjumpa dia di kaki lima pasaraya, dia akan datang pada kita, menyapa, bersalam penuh hormat, tanya khabar, senyum, ada yang nak belanja minum (kalau yang dah habis sekolah).

2. seorang pelajar yang baik, (agak) pandai dalam kelas, jarang akan menimbulkan masalah di kelas/sekolah. Biasanya cikgu-cikgu selalu memuji pelajar ini. Sesekali terserempak di pasar, mereka biasanya/sebolehnya nak mengelak, tak pandang muka cikgu, apatah lagi nak tegur, buat-buat tak nampak/tak kenal/ dan tak perasan.

Itu yang biasa aku alami. Pun begitu, aku tak mengharapkan apa-apa pun dari mereka.

17 comments:

Syafinaz said...

Itu la cabaran seorang guru :D .Perkara yg bermain dibenak fikiran,asal bdak lening kurang ajar sangat dan kurang sifat malu especially perempuan.

FastRi said...

Susah nak jawab soalan tu.ada yg mengaitkan dgn perkembangan zaman.sekali lagi, kos mlepaslah di sini.ada yg kata pengaruh filem,hiburan dan seangkatan.Ada yg kata dakyah yahudi.ada yg kata perubahan corak hidup masyarakat sekarang.dulu kebanyakannya ibu tidak bekerja,jadi anak di depan mata ibu,banyak masa mendidik anak.bermakna ini cabaran kepada ibu2 skrg.semua di atas boleh jadi betul (macam periksa ptk lok).setakat ini, tidak diketahui jawapan absolute

Cursive said...

hampir semua kawan-kawan aku kat skool dulu yang nakal-nakal kelas belakang-belakang mmg macam ape yang fastri tulis tu.. diorg walaupon malas belajar, selalu ponteng, melawan guru, tapi diorg rapat ngan guru, aku pon pelik, kalau aku lepak ngan diorg dan terserempak ngan cikgu, walaupon cikgu tu tak ngajar kelas diorg, diorg still tegur, hormat.. aku pelik..

Eezmo said...

hehehe.. nakal dok bermaksud jahat.. hok nakal gining besa memang senang nok ajok berbual dan talkative.. tu ah aku wase set2 ning wahi tegur orang.. hok jenih ni ah bile besor jadi businessman.. tp kalu hok jenis pandai sket dalam kelas ho besenye memang dok aktif.. sukan dok join, member pung dok ghama.. bese napok menyendiri ah dan kalu buleh tamoh cakap nge orang.. eheh.. bese jenih ni jadi saintis, akauntan.. huhu.. keje-keje dok capur nge orang.. huhu..

rOhock said...

ada sifat malu kot dalam diri....

Mince4AM said...

aku jupe doh saloh seorang murid fazri yg dimaksudkan..aku pun kejut n impressed gokla sbb budak tu cina..

abang ku yg disayangi sila lihat ini http://sleepyjeremy.blogspot.com/2009/04/nazri-maya.html#comments

syik s. said...

setakat ni aku tak penah fail la kalau jumpa cikgu/lecturer yang aku knal...mesti salam cium tangan punya (kalu pompuan la okess!)..walaupun kadang2 diowang pun terkejut...and so far aku maintain contact dengan lecturer yang ngajor aku kat uni dulu...hihi!

AzimAzini said...

zaman sekolah..budak2 nakal ni mungkin hatinya memberontak..tak mahu menuruti..tapi bila dah habis sekolah..hidup menyesali..

Kekesalan datang dari kesedaran..

Dan kekesalan dan kesedaran adalah mata pelajaran yang paling berkesan dalam hidup seseorang..

Dan sudah tentu murid2 sebegini akan lebih kenang dengan gurunya..

d+_+b

FastRi said...

budak cina yg shabri jumpa tu, sorang tu memang aku ajar dia.memang kaki ponteng.puas aku denda tapi berkesan.last2 aku buat tak tau je kat dia.yg sorg lagi tu aku tak ajar dia dan setahu aku bdk tu takde masalah sangat (kelas depan sikit la tu).Jadi, terkejut jugok bila dia pun tegur aku.

syik
maknanya ko ni tergolong dalam pelajar bermasalah la ye?huhuhu gurau je.jgn amik hati.

kinto
nenek moyang kata "sesal dulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna".

ezmo
betul gok tu.biasa bdk2 ni la yg jd bisnesmen, kontraktor dll.dilema cikgu2 sekarang ni ialah bila pelajar2 skang ni menagmbil contoh mereka sbg org yg berjaya dalam hidup.bila cikgu kata, awak kena bljr sungguh2, baru berjaya dalam hidup. tapi di sekeliling mereka org yg belajar tak ke mana pun blh berjaya.mcmana nak jawab ni?untuk makluman sekolah aku kat bandar kecil.

Eezmo said...

cikgu,

pada pendapat cikgu, untuk ape sekolah diwujudkan?

sekolah sebagai tempat belajar care untuk hidup.. atau sekolah sebagai tempat belajar untuk dapat sijil..

selalunya, yang nakal-nakal ni survivalnye lebih tinggi.. dan banyak yang berjaya menjadi "orang".. hok jenih juruh plok di skoloh, bile doh melangkoh keluor ke u, ke ibukota ramai yang seakan culture shock.. ade hok start minum, start berdisko, ade hok cukur bulu kening, ade hok mule kenal g-string.. huhu..

Nafastari said...

Saya selalu menyapa bekas-bekas cikgu saya, tetapi susah untuk mereka ingat saya kembali. Kecuali ada seorang yang pernah menampar saya di perhimpunan pagi. Saya tidak pasti jika saya telah memaafkannya.

Saya tidak kisah pun cikgu tidak ingat saya kerana saya tahu mereka punyai terlalu ramai bekas murid-murid dan pelajar. Tapi saya tidak pernah lupakan mereka yang pernah mengajar saya. Tapi adakah kerana dulu saya nakal dan selalu melawan guru? Tidak sama sekali.

Mungkin teori kamu salah, atau kes yang berlaku ke atas kamu adalah terpencil.

Unknown said...

abih aku ni kategori mane lak ekk... aku kalo kat skolah dulu tkt bile jmpe cikgu2.. lagi la kalo cikgu tu garang or laser..manjang nak larikan diri je la.. tapi yang peliknye, skang kalo jumpe da mcm kawan2.. hormat tu ttp ade macam dulu.. n segan jugak kat dorang sbb aku bukan cikgu yang sebaik diorang.. bile dorang ckp anak murid dah selevel dgn dorang.. rase mcm tak layak je...hohoho...

syik s. said...

hahah! have to admit. aku mmg student yang problem. tapi sebab tu aku respect cikgu-cikgi aku. walaupun aku bermasalah, mereka tak give up on me... :)

p/s: aku tak nampak masalah kalau student makin kurang rasa malu kalau ia menjrus ke arah positif. aku rasa sebagai cikgu, mesti kau suka kalau studnt kau tak malu bertanya kan? tak malu participate dalam aktiviti sekolah? hiihii!

FastRi said...

Nafastari,
Penjelasan: Aku tak pernah buat teori, aku tak pernah katakan itu adalah teori, dan sape aku nak buat teori?
Aku cuma kata itu yg biasa aku alami.Dan diakui oleh beberapa org rakan guru. Aku tak pernah buat kesimpulan umum daripadanya.Kalau pelajar tegur aku, aku tak setkan dalam minda itu pelajar bermasalah. cuma bila ditegur,aku cuba ingatkan balik pelajar tersebut, dan sekali lagi, itulah yang biasa aku alami. Aku tak kata semua org begitu. huhuhu

FastRi said...

syik,
memang betul, aku suka kalau pelajar rajin bertanya.yg menjadi masalah bila pelajar tu merapu2, bercakap yg bukan2.perlu malu bertempat. perlu juga tak malu bertempat.

Cursive said...

aku malu tak bertempat.. hehe

syik s. said...

apih malu malu kucheng!