Sekiranya kami rakyat negara ini berjanji
membeli barang buatan Malaysia
Bagaimana pula anda,
Para pemilik, para pengarah, para pengurus
Syarikat-syarikat pengekuar terbesar Malaysia
membeli dengan wang yang anda terima dari kami?
Kami rakyat bersetuju bahawa sekiranya Malaysia
ingin maju dan jaya, para pekerja kita
mendapat pekerjaan dengan gaji selesa
maka kami sendiri mesti membeli
dan menggunakan barang buatan negara kami
Ertinya rakyat jelata senantiasa perlu membayar
harga yang agak tinggi untuk mendapatkan
barangan yang kadangkala bermutu tidak tinggi.
Maka lebihan yang mesti kami bayar ini
membolehkan anda melonggokkan keuntungan besar
di samping memperoleh ganjaran yang juga besar.
Kami rakyat ingin pula mengetahui
Bagaimanakah anda membelanjakan dividen
dan pendapatan dari harga mahal
yang semuanya datang dari saku kami
yang membeli pengeluaran syarikat anda?
Kami ingin bertanya pula
Adakah anda juga membeli barang buatan Malaysia?
Mari kita mulakan dengan pakaian yang anda pakai
Dimanakah pakaian itu dijahit?
Dan pakaian dalam yang menyaluti
bahagian-bahagian penting dan sulit tubuh anda itu
anda beli di mana dan buatan mana?
bagaimana dengan pakaian isteri anda?
Baju dan pakaian dalamnya yang tentu mahal itu
dari jenama apa dan buatan mana?
Bgaimana dengan rumah anda?
Adakah kerusi meja itu hasil tangan tukang Malaysia?
Ahh... penatlah menulis semuanya tentang anda
yang tentunya tidak sama dengan kami.
Bersambung barangkali
3 comments:
Manusia soalan = Huzaifa azrul
tp x pulok hazaifa azrul tanya benda2 ni..ke dia tanya dalam hati?
kawanku.. moga kita tidak terperangkap dengan sempadan ciptaan manusia yang di panggil 'malaysia' itu..
bukan ke pernah kedengaran 'semangat kebangsaan umpama chandu'?
kenapa membeli kalau boleh bikin sendiri? diy boh!
pwok rwoul
Ya.. kalau semuanya boleh dibikin sendiri memang selesai masalah. Namun, manusia yang punya dua tangan dan dua kaki pastinya tidak dapat membikin semua yang diperlukan. Apalagi yang punyai kurang daripada dua kaki dan dua tangan.
Pok Rol, beli buatan Malaysia pun bukanlah kerana semangat kebangsaan ke apa. Membantu perekonomian diri sendiri sebenarnya.malangnya yang menyeru tidak lakukan tetapi mengharapkan orang lain lakukan.
Post a Comment