Ini.... (nak panggil apa ye? poster ke?) ditampal pada setiap tandas di tempat aku kursus baru-baru ini. Di kebanyakan tandas di situ benda alah ini ditampal di pintu tandas. Tapi tandas yang satu ini ditampal di belakang, dekat flush. Tapi yang menjadi isunya di sini ialah contengan padanya.
Ini bukan contengan biasa. Aku tak hairan kalau contengan yang merapu, meraban. Tapi contengan ini lain. Tak pernah aku tengok. Contengan ini membetulkan susunan ayat yang tertera. Di sini pula ada dua isu:
1. Pencontengnya memang peka pada bahasa. Aku sendiri tidak perasan susunan ayat itu tak berapa kena. Boleh dikatakan setiap kali masuk tandas aku terbaca poster (isk.. macam tak kena je perkataan tu, kan?) tu, tapi aku masih tak perasan. Jadi, penconteng ni memang prihatin. bukan setakat prihatin, tapi berani untuk membetulkan. Ada orang yang juga prihatin, tapi tak berani membtulkan kesalahan, tak berani menegakkan kebenaran. Tapi orang ini memang berani. Aku salut.
2. Di kala ramai orang menjadi penulis sekarang ini, tak kira melalui media apa pun, dengan penulisan yang aku rasa banyak yang membelakangkan tatabahasa, dengan bahasa slanganya, bahasa pasarnya, bahasa muda-mudi dan bahasa campur-campur, aku rasa Bahasa Melayu yang kita belajar di sekolah dah jadi caca-marba. Memang betul mereka boleh tulis apa sahaja yang mereka suka dengan bahasa yang mereka selesa. Terkadang aku terfikir, apa guna kita belajar kalau kita tak amalkan. Apapun, penconteng tu memang prihatin dan berani.
11 comments:
eh, keh tak ke termeloh lagi ni. keh ingat sabtu ni nak cari buku sikit. nanti keh tengok 1984. keh pun nak simpan juga la buku tu. hehehe
a'kum..
hebat!ini boleh dinamakan sebagai poster/peringatan yang hampir berjaya..
telah berjaya mencuri perhahahatian pengguna lubang najis dan pengguna tisu. juga menculik perhatian 'tuan-punya-blog'. tak lupa menangkap perhatian peng-komen blog.
jadi, poster/peringatan ini dianggap sangat berjaya apabila penulis blog tu memandang belakang dan menjaga kebersihan tandas.
"viva la toilet!"
-pwok rwoul-
p/s: perasan tak ejaan 'perhatian' telah menjadi 'perhahahatian'?
mesti orang yang buat poster ni gagal ujian tatabahasa dia.
aku sgt sokong!
aku tunggu mung balas email pasal buku tu. hehe. :p
hahaha.. aku pun tak pandai menulis blog menggunakan bahasa melayu yang betul.. bukan ape.. kunun2 mesra la kan.. tapi aku tetap berjiwa melayu ye.. Aku boleh tulis & cakap bahasa melayu yang betul.. Insya Allah..
orang melayu ni pun kadang tak support bahasa melayu ni.. kalau g kedai apek,"lu ada jual itu bla..bla tak apek? gua pusing2 satu pekan carik itu barang, tapi tarak jumpa la.." Ahh.. sudah.. orang melayu pulak cakap macam cina.. sampai bila2 pun cina tu pelat..
Yelah.. setuju, Bahasa Jiwa Bangsa!! Hidup Bahasa melayu!! Err.. tapi kalo PPSMI dimansuhkan, macam payah jugak nanti ni.. ermmm...
apa yg payahnya cikgu? tak dapat elaun?
bukan.. memang takde elaun pun.. owh hai.. ingat aku ni mata duitan ke.. yang payahnya tu buku teks kena tukar (aku lagi la tuh..),term2 kena tukar, syllabus tukar etc.. padahal dah terbiasa dengan term Englsh tuh.. Dah cikgu PPSMI pun kena belajar balik..
aku setuju kalau kita kukuhkan foundation english budak-budak primary dan guna english untuk ajar math dan science student secondary.
err...aku pun suka merojak bahasa. tapi tu bukan bermakna aku tak sayang bahasa malaysia kan?
laaagi satu, aku rasa sangat tak setuju kalau tak boleh buang tisu dalam lubang tandas. wei, dah kesat-kesat takkan nak buang dalam tong sampah? lain la kalau tisu lap tangan dekat sink tu kan...consider la sikit. tapi aku sangat setuju kalau orang kata ada segelintir orang perempuan kat malaysia ni tak pandai simpan 'roti' dalam tong rentokil kalau depa guna public toilet. ubah la mindset pemaleh ni!
untuk makluman..band the farouk tidak menggunakan sebarang bahasa..setiap lirik disampaikan dlm bentuk gelombang optikal metrinomic atau bahasa tganu nya bahang rambang....
pun begitu aku telah meyaksikan keazaban ke atas diriku sendiri mengajar Bahasa Inggeris kpd makhluk2 yg dinamakan pelajar..akulah pendidik..
justeru itu, kita harus kaji...jika hendak meningkatkan penguasaan bahasa inggeris...kenapa subjek matematik & sains terkena tempiasnya...diajar dlm bahasa inggeris..
sepatutnya..kita perlu tambah masa p&p utk subjek Bhs inggeris, sediakan lebih ramai pakar dlm bidang TESL...itu je..kenapa harus sains dan matematik...
sian ke mung...
yedoshh oh cikgu fazri..kadang2 main bace jew..dop thu ke bnde...
Post a Comment