Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, June 25, 2009

Muka bekeng + Cattung = Fazri

1. Aku kecewa dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun budak2 aku yang satu kelas tu. Sedangkan aku tengok mereka semua berpotensi. Maka,aku tanya mereka. Apa masalahnya? Apa yang mereka mahu? Mereka nak aku mengajar macamana? Nak aku nyanyi lagu Kasih Sayang sambil mengajar atau nak aku buat lompat hardcore? Tapi mereka jawab.... "muka cikgu bekeng (garang) sangat, takut nak tanya." Satu jawapan yang aku sudah jangka dan aku mengakuinya dan memang susah aku nak ubah walaupun ada percubaan nak mengubahnya. Nak buat macamana.. biasanya aku akan ke kelas dengan mood yang bersemangat, tapi bila sampai je ke kelas tu ada saja yang membuatkan darah aku naik (walaupun aku takpernah cek kat klinik).

2. Seorang cikgu bersembang dengan orang rumah aku. Katanya kalau cikgu Fazri bagi tugas kat cikgu-cikgu lain, cikgu-cikgu akan buat on time. tak berani nak melambat-lambatkan kerja? Ayark, begitu ke keadaannya? Aku tak perasan pun. Mungkin sebab aku sendiri buat kerja mereka mengikut masa. Apa-apa pun mesti mereka takut tengok muka aku yang bekeng.

3. Aku masuk ke pejabat. Seorang kerani pejabat tegur aku. "Cikgu, muka cikgu bekeng sangat la. takut saya nak tegur".

4. Aku ada bersembang dengan seorang bekas pelajar aku tahun lepas. Aku cakap, aku mengajar kelas dia dengan bekeng dan tegas tapi aku mengajar kelas yang satu lagi dengan lebih mesra dan tak marah-marah. Dia kata aku tak adil.

5. Susah jugak aku nak ejas muka bekeng aku ni. Terkadang tu ada jugak aku terfikir untuk buat pembedahan plastik. Tapi, bila difikirkan balik, ini semua ciptaan Tuhan. Mungkin orang-orang di sekliling aku perlu bantu supaya aku banyakkan senyum. (Dulu masa kahwin banyak jugak aku senyum kat kamera. Letihla)

6. Isnin baru-baru ni pelajar aku mendapat johan Kuiz Perakaunan peringkat daerah buat kali kedua berturut-turut. Lepas kuiz tu ada dua peserta kuiz dari sekolah yang berlainan datang jumpa aku dan bertanya sama ada aku mengajar tuisyen ke tak. Dan bila aku kata tak, dia pujuknya aku. Ah, malas lah aku. Baik aku buat kelas tambahan pada pelajar aku yang masih belum lulus (tapi mereka tak nak la).

7. Pelajar-pelajar aku tahun lepas banyak yang dapat sambung ke pengajian perakaunan. Aku sangat gembira. Ramai juga yang dapat kursus lain. Ada 5-6 orang yang selesa bekerja di kampung. Tak apa lah mana-mana pun, asal mereka tahu erti hidup. Mereka semua buat aku rasa gembira. Rasa macam sebahagian daripada kerja aku berjaya.

20 comments:

mYpRecious said...

iyelah Fazri muke kamo mmg bekeng dan serius.. sy pun takut nak tegur2.. :p

AzUraAa said...

wah..bestnya.. kagum ni.. buat jadi idola la.. boleh?? hehehe..
Aku pun dikategorikan sebagai 'cikgu muka garang' di kalangan pelajar.. muka susah senyum.. Tapi, belum kenal, belum tahu kan.. Tapi yang penting, Tak boleh bagi muka dengan student ni, nanti kena pijak kepala... hahahaha...

mohd kazziman said...

fazri bekeng ke?

Cursive said...

hehehe.. fazri bukan bekeng, dier serius je, kadang2 tgh jamming atau main gig pon muka dier bekeng jugok, tapi bile dah kenal, fazri ok je.. ork?

mungkin perhubungan murid2 dgn guru lain skit kot, xleh laa macam kawan2 sgt, ork? tapi kalu muka bekeng fazri boleh menghasilkan perkara2 yg elok, aku rase dok saloh doh, cume kene explain kat murid2 arr..

hehe, panjang pulok.. sorryyyyyyy cekguuuu.. (cabuuttttttt)

Gabang said...

Untuk mengatasi masalah muka bekeng sila :

1. Kurangkan makan tebuan
2. Banyakkan senyuman walau tak
tak disuruh
3. Kena buat lawak yang melampau dlm kelas..

syik s. said...

muka fazri serius...aku pun takut sebelum mengenali beliau sebagai rakan. lepas tu, dia rok je. tapi kalau aku jadi anak murid dia, apa kerja sekolah dia suruh buat aku kompem buat. taaakkuuuttt!!

rizie said...

fazri dok bekeng..cume napok je bekeng..tp mase mule2 aku kenal die,aku rase mmg aku dok takut pun nok tegur die..hahaah..bese2 lepak pun aku wat lawok sokmo..oke jer fazri..die pun kadang2 melawak jugak..cume napok je muke bekeng..dlm hati tak siapa yang tahu..hahaha..

rOhock said...

biar bekeng asal baik..ke guane?

Nervhous Records said...

student aku pun komplen kat rakan sekerja "takutla, sir nizam tak pernah senyum".

aiyak. sem depan aku bnykkan senyum.

FastRi said...

my precious,
jd lepas ni jgn takut2 lagi nak tegur neh. dok penoh telan org lagi stakat ni. Haa.. kalu berani tegur la

Azura,
betul3x. nnt ssh nak kontrol pelajar. Lagi pun aku rasa dgn sikap dan sifat aku begini org tak berapa berani nak ambik kesempatan terhadap diri aku.

Cho,
Aku bekeng ke? Dok ork. kalu dlm kelas tu syik buat hal je mana x mrh. acu baik2, dgr kata, dokkan aku nak marah.

cursive,
tapi dlm keadaan gini, aku buat joke pun org ingat aku serius. bekpong muka ketat ngak. padan muka aku.

Gabang z potong 2,
no. 1 aku buat dok. aku cuba buat no. 2 & 3 lok.

syik,
haaa... kan ada kebaikan di atas keseriusan aku tu. Sbb tu org tua2 kata tak kenal maka tak cinta.

rizie,
mu mmg bernasib baik. ce mu tanya ujay ye kena guane dulu2.

rohock,
betul doh tu.

nizang,
napok pesengan kita sepesen.

Anonymous said...

betul sunguh aku kenal dari zaman sek. rendah agi, memang mung ni jenis muka serius tp aku tau mung baik orgnyer

the farouk said...

aku kurang setuju dgn penggunaan perkataan 'bekeng'...mungkin lebih tepat muka 'sungguh'

mu mmg muka sungguh....jadi org2 sekeliling mu pun jadi bersungguh sungguh..mu suruh je org buat sebab mu mmg sungguh...

murid2 pulak mcm biasa la...self defence mechanism...nak cuba tutup kelemahan...dan blame mu kate mu sungguh...takut la nak tanya...kl diorg xtanya mungkin sbb teknik pengajaran mu xmenimbulkan persoalan atau keraguan...dlm erti kata lain..mu ngajar dgn tepat la..

pd aku, personaliti xperlu diubah2 mengikut keadaan..jadilah dirimu seadanya...mcm adi...walau dia xkenal seseorg..dia akan ttp pow rokok..semudah A B C..

buktinya, dgn muka 'sungguh' mu itu tlh melahirkan ramai yg bjaya...pertandingan kuiz la..sambung belajar pun ada..

lagi satu...biar rakan sejawatan respek atau takut2 kt kita...mu sendiri faham...profesion perguruan penuh penindasan...mu la buat...mu buat ni...mu buat tu...tp dgn muka 'sungguh' mu...kira kurang la 2 kilogram bebanan kerja...

cuma jgn tambah lg ke'sungguh'an mu tu...sbb aku takut jadi muka nebeng...bereh boh...

FastRi said...

anonymous tu sape ye?

the Lempu,
mu sedap. mu memang beh

shitakeisgood said...

fazri..
haha!
dulu mase awal2 kenal,aku nok suke pon takut..
siap blh amek mase dlu utk fikir..ni,lawak ke,serius?
haha!

Cursive said...

uj ke? hahahaha

dzul said...

the farouk;
bakpe masuk aku skali dalam kes ni? begini ceritanya.. kira-kira tujuh tahun dulu, hanya rm2 akan ada dlm kocek ini pada setiap hari. rm1 digunakan untuk isi minyak motor untuk pergi ke jalan kampung dalam. rm1 lagi digunakan untuk membayar minum air di kedai josh. kalau ada duit lebih sikit, aku akan bagi ke pakcik cina tua yang bernama achu di kedai snooker. tu lah cerita nya. Nak beli dunhill 7 pon tak mampu. Oleh sebab itu, aku menggunakan bermacam-macam teknik untuk mengepow rokok orang tidak kira siang dan malam mahupun rokok dunhill atau surya Kesianlah aku. huhu.. Tapi sekarang tidak lagi!! Setelah menceburi dalam bidang penjualan rokok seludup kehidupanku aku telah berubah. setaraf dengan pengusaha cosway, hai o dan macam-macam lagi.

the farouk said...

aku tumpang gembira dgn kemajuan kamu adi...seperti kata pepatah..'dua tiga adi berlari...manakan sama si adi belang...dua tiga boleh ku cari manakan sama adi kawan ku sorang'

semoga penyeludupan mu menemui kegagalan..amin

shitakeisgood said...

ye,apis..aku ujay..haha!

Cursive said...

tragis ngguh mun adi

dzul said...

tu ah. tragis..
tapi best masa tu. hahaha..
suka sokmo. kalu jupe abam, tgk muka pon golek doh suka lepas turun dari bot nambang.