Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, July 09, 2009

Kalau ikan cermin mencerminkan apa?

Syabas di atas pemansuhan PPSMI

Ya... biasalah masih ada huha huha selepasnya yang menyokong dan tidak bersetuju. Tapi rasa kelakar bila baca orang yang memperkenalkannya berkata "Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut." Apa dia ingat kena ikut cakap dia sorang je ke? Dia ingat dia sapa? Kalau dia rasa marah sangat sebab suara dia tidak didengari, sebenarnya begitulah juga perasaan berjuta-juta rakyat apabila suara mereka tidak diendahkan. Berikut beberapa hujah dia mengapa dia nak sangat PPSMI:

Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu. - jadi, kenapa beriya-iya sangat nak ajar kot BI? Ilmu lebih mudah dikuasai jika kita belajar dalam bahasa yang kita fahami. Kalau tak faham, bagaimana nak kuasai?

Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera. - Habis kalau dah rasa orang Malaysia lemah BI, kenapa duk sibuk-sibuk nak ajar sains dan matematik dalam BI pulak. Tekankanlah mata pelajaran BI tu sendiri.

Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu. - Dah tau sains dan math tak menolong kemajuan bahasa, kenapa nak diajar dalam BI lagi?

Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? - Ini aku dah tulis panjang lebar dalam DRSA #10. Bukan semua manusia dikurniakan kepandaian macam awak.

Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris. - Nah, adakah dulu semua dari mereka tu belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. - Bak kata Kapten Bil, lu pikirlah sendiri.

Untuk hujah-hujah yang lain, anda boleh lihat dalam blog Che Det. Saya belum belajar macamana nak link. Sebab saya belajar dalam BM.

Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut. - Apa yang saya nampak daripada hujah-hujah di atas tu seolah-olah dia bercakap dengan cermin.

Dahla... saya dah lambat. Nak bersiap-siap, nak pergi mengajar Prinsip Perakaunan dalam Bahasa Melayu.

13 comments:

Jang said...

"Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang."
-Che Det

Kahkahkahkah....
Melayu mudah lupa...

DIK AN said...

Dari dulu lagi dah patutnya pikir macam ni!

FastRi said...

Jang,
dia memang suka bercakap dengan cermin dan meludah ke langit.

Dik An,
Bukan dulu tak pikir. Dulu dah pikir tapi tak ada kuasa. Dulu dah pikir tapi tak mencapai massa. Jadi, ambil iktibar la.

saya said...

setuju.. tapi apa perkara pon ada pro & kontranya.. harap2 edisi pssmi 2012 tu tak le kecoh2 lagi ye tak.

Mince4AM said...

Kenapa perlu tunggu 2012? Kerana buku mat dan sains dalam BI melambak-lambak ke kat pasaran? atau kerana selagi ada masa yang dua tahun ni, boleh buat pelbagai projek yang blh menguntungkan..almaklumlah ppsmi berkait rapat dengan lap top dan barang2 berbasiskan komputer..

Tidakkah dalam dua tahun akhir ini (2009-2012)soalan sains dan matematik akan tetap dibuat dalam dwi bahasa..jadi apa salahnya guru terus mengajar dlm bahasa yang mudah difahami terus..x payah duk kehel nk kot BI jugak sampai 2012

Istilah : Istilah sains dan kalkulus dalam bahasa inggeris tidak menjadi masalah...istilah boleh diterangkan maksudnya dengan penerangan dan contoh..itu semua lebih mudah bila kita gunakan bahasa ibunda, walaupun istilahnya adalah dalam bahasa inggeris totok atau pun bahasa malaysia saduran inggeris..

Ke guane ni?

Anonymous said...

doh abih pitih byk (rm4biilion rasanya) baru nak mansuh kan bazir namanya tu...pitih sape tu... pitih kite belaka gok...pas tu duk sibuk nak import guru dari luar, teruk sgt ker guru bi kat malaysia ni...



korawk

Anonymous said...

pernah kan ditulis bahawa..
kanak2 sekolah hanya menjadi tikus putih ujikaji orang2 yang licik bertuhankan kuasa & wang..



pwokrwoul

rahimin idris said...

yang pelik ada juga yg sokong ppsmi ni. apa ke jadah la. dah la. mahathir dah nyanyuk.

jiwajasa said...

apa nak pelik? dah ada orang laksanakan pun ppsmi.. apa tah lagi yang menyokong.. lagi la ada nya!

Anonymous said...

mu speaking english dok makne mu pandai. english = pandai??
it is just a language. same je kalu mu oghe kedah mai duk ganu. or orang cina belajar cakap bahasa melayu kelate.
kalu kite positive, buleh belakee..
jangan marohh..

Anonymous said...

dia gila talak...

-went-

Cursive said...

Situasi : Adik ipor aku baru balik sekolah

Masa : Dekat2 nak Maghrib 3-4 hari lepas kot

Dialog : Ma.. tensen ahh acu PPSMI 2012 baru takde, nanti exam Math ngan Sains dalam BI laa.. susah arr cam nihhh..

Kesimpulan : Aku xtau ape kesimpulannye.. ngehehehe..

Cursive said...

Situasi : Di sebuah kolej yang 'agak' terkenal di Bandaraya Kuala Lumpur

Masa : Lebih kurang pagi menghala ke tengah hari

Dialog : Laa.. apesal nih, dalam buku guna BI tapi ngajar guna BM

Kesimpulan : Keliru