Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, July 23, 2009

Pedagogi I

Kaedah merajuk
Isnin malam aku ada kelas malam di SMKA Kuala Abang (kelas yg paling dekat di hati sebab mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu). Isnin yg lalu adalah hari kelepasan am bagi negeri Terengganu. Jadi aku mengambil kesempatan untuk menziarahi orang baru dalam keluarga Matyi. Sampai rumah dah maghrib. Cepat-cepat solat, makan pulut durian yang diberi seorang sahabat, tak sempat mandi, terus bergegas ke kelas malam tersebut.
Risau juga takut-takut kelas dibatal sebab hari cuti. Oleh kerana tiada makluman, maka aku gagahkan jua ke sana. Bila masuk kelas, tengok-tengok ada golongan wanita sahaja. Kata mereka golongan lelaki yang 7 orang itu ada program malam ini. Malam aspura katanya. Aku sedikit kecewa, tapi tak apalah.

Biasanya dalam kelas aku akan senantiasa towaf - pergi dari meja ke meja untuk melihat hasil kerja mereka, menegur jika ada kesilapan dan menjelaskan jika ada kekaburan dan ketidakfahaman. Malam itu aku kurang towaf. Bukan apa, seharian aku tak mandi. Masam bau badan. Segan juga aku nak dekat-dekat dengan mereka.

Separuh masa kedua dah ada yang mengambil kesempatan. Bila dah siap 2 soalan mereka mula buat hal masing-masing. Ada yang bersembang, dan ada yang buat kerja lain. Sebenarnya aku tak kisah sangat, sebab aku pun penat. Tak ramai pun yg buat hal, 4-5 org je.

Tiba-tiba datang idea jahat. Di penghujung kelas aku cakap, "Apa kata kita jadikan ini adalah kelas terakhir kita. Sebab saya lihat ramai yang dah pandai. Terima kasih." Aku tak pedulikan huha huha mereka yang tidak paus hati dengan keputusan aku, dan terus menuju ke kereta. Aku tak sangka pulak ada 2 orang pelajar mengejar aku. Katanya mohon maaf bagi pihak kawan-kawan. Alhamdulillah nampaknya mereka faham keadaan yang aku timbulkan. Cuma yang mengejar tu yang rajin buat kerja. Mungkin yang 4-5 orang tu malu nak jumpa aku. Aku cakap, "takde apa yang nak dimaafkan. Saya bukan marahkan awak semua. Saya cuma rasa tak diperlukan. Saya berkhidmat untuk yang memerlukan sahaja". Aku pun blah.

Petang esoknya salah seorang daripada mereka telefon aku. Entah dari mana dia dapat nombor aku. katanya semua 22 orang daripada mereka berkumpul untuk minta maaf dan cuba memujuk aku supaya meneruskan kelas. Aku ulang balik kata-kata aku pada malam tersebut dan mereka terus memujuk. Lama jugak drama pujuk-memujuk tapi aku tak sampai hati nak putuskan talian. Layan je lah. Mereka kata mereka masih memerlukan aku. Dia tak pernah tengok pelajar lelaki kelasnya menjawab dengan serius semasa peperiksaan. Biasanya dalam masa 2 1/2 jam peperiksaan itu mereka tidur kerana tak dpt jawap. tapi selepas aku mengajar mereka, mereka cuba juga jawab sehabis baik. Hati aku berbunga untuk ini, haha. Dan mereka terus memujuk sehingga ada yang menangis. Aku balas, "Awak sepatutnya menghargai peluang yang ada. Bukan dah terlepas peluang baru nak menangis. Kena hargai apa yang ada. Bla bla..." Dah penat, last-last aku cakap, "Awak semua solat hajat, berdoa supaya Allah lembutkan hati saya, bukakan hati saya supaya saya terus mengajar awak. Saya perlukan masa bertenang". hahaha

Baiklah, pada aku ini pun 1 proses pembelajaran bagi mereka, supaya sentiasa menghargai apa yang mereka ada. Mereka bukanlah teruk sangat. Dan aku rasa mereka sudah mengambil iktibarnya. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama. Aku ada juga buat begini pada pelajar aku sendiri. Bila dah nampak mereka mula leka, banyak main-main, tak bersungguh-sungguh, aku akan laksanakan idea ini. Tapi tak semua yang faham. Ada juga yang jenis keras kepala. Tak apalah. Ini pun 1 kaedah pedagogi juga. Sekurang-kurangnya bagi aku.

9 comments:

Paan Ovrtd said...

Hati jangan keras sangat dengan student cikgu...silap haribulan...

Mince4AM said...

E-jam dan Fakhrul sokmo ckp kat aku "mung memang power!" ning aku nok ucap ke mung pulok "mung memang pow pow power!" tp tula..jgn lama ngak ngajuk..takut dan yer sejuk dok pakka ah.. hahahaha

Rahimin Idris said...

ah. dok punk langsung merajuk! haha

FastRi said...

Dik An,
Keras-keras kaca je. Bila jatuh pecah berkecai.

Amince,
power pop ke power metal ke power rangers?

Min,
Aku bukan merajuk pun. Sekadar nak bagitau mereka kena hargai peluang. Org ganu kata 'ghepok' je. Bahasa standardnye apa eh?

lipasliterasi said...

Rii, trima kasih sebab mari. Siang ke mu tergesa2 gitu. Berkejar dari kuantan ke dungun, memang memenatkan. Aku sgt hargai.
Aku wase nok je 'bercerita' sesuatu. Kdg? nok je seseorg utk confide. Hehehhe.Tapi mngkin lain kali.
Kalu mu sense sesuatu yg pelik kt umah aku (heheheh), bear in mind,
mngkin ada "?".
Hehehhe

lipasliterasi said...

Ye those who believe. Patience be you and patience in facing advesaries, and be alert and fear Allah. Hopefully you will be triumphant. Ali-Imran-200.

Unknown said...

hahaha... betul la.. kaedah ni kdg2 berkesan jugak.. tapi bese la.. melayu mudah lupa kan... kalau cikgu dah okay macam bese, student pun buat la perangai mcm bese.. alaa.. kite zaman skolah pun cenggitu jugak dulu kan..

NES said...

sangat setuju dengan tindakan anda =)

kerk said...

ngajuk nya...
tp jhat gok idea ni...
psyko...