Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, October 18, 2009

Rahmat (Bukan Rahmat Haron)

Upin: Banjir tu pun rahmat Tuhan ke Opah?
Opah: Ya, Tuhan nak mengingatkan kita, bila kita buat rumah, kita mesti buat longkang. Biar air tu boleh mengalir ke sungai. Lepas tu janganlah buang sampah ke dalam longkang. Itulah sebabnya banjir.

[Petikan dari cerita Upin dan Ipin]

Aku tengok sekarang ni banyak betul rumah-rumah baru naik. Besar-besar pulak tu. Takpelah, masing-masing banyak duit kan? Merata ceruk aku pergi, ada je aku jumpa rumah yang sedang atau dah pun naik. Baguslah tu. Sebab rumah ni salah satu hak asasi manusia juga. Sepatutnya setiap keluarga mempunyai sebuah rumah sendiri. Kerajaan pun dah buat Syarikat Perumahan Negara ke apa nama, tolong buat rumah dengan harga yang murah. Tapi macam biasalah, atas kertas nampak memang cantik, ada usaha nak tolong rakyat. Bagus tu. Tapi dari segi pelaksanaannya aku tak nak sentuhla.

Apa yang aku perhatikan, biasanya sekurang-kurangnya sesebuah rumah akan dibuat sama aras dengan jalan. Tak pun tinggi sedikit. Masalahnya apa yang aku nampak, rumah yang dibina kemudian akan dibuat lebih tinggi lagi dari rumah jirannya. Rumah yang dibina kemudian lagi, akan dibuat lagi tinggi dari yang dah tinggi tadi tu. Dan begitulah seterusnya. Masing-masing nak menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing tak nak air bertakung dalam kawasan rumah masing-masing. Habis tu air tu nak pergi mana? Ke rumah yang rendah sikit? Rumah jiran? Ada ke dia buat longkang/parit di sekeliling rumah mereka? Setakat ni aku tak jumpa. Rugilah. Buat longkang/parit kan dah makan tanah (kawasan tanah) sendiri. Mereka memang memikirkan masa depan. Masa depan mereka. Tidak termasuk jiran-jiran mereka. Sebab tulah sekarang ni hujan sikit je dah banjir. Rahmat Tuhan yang menguasai.

6 comments:

Mince4AM said...

hahaha tiada halangan, cuma peluang..

Rahimin Idris said...

kalau takde longkang, cam ne diorang discharge waste water diorang cikgu? macam2 orang malaysia ni. rugi la kontraktor buat longkang. hehe

FastRi said...

mince,
saje wak-wak tadok halangan. konon pikiran positif.

Min,
longkang keliling rumah je ada la min. tapi tak mampu menampung hujan lebat atau berterusan. Ni peluang untuk aok masuk projek.

kerk said...

hahaha...
kntraktor mane nk rugi?
hahaha...
kntraktor punk ke?
ade bdk punk jadi kntrktor?

tp ade btol nape hok mg kabo..
aku pun baru prasan...
aku ingt nk sruh ank aku jadi kntrktor punk r (tu pom klau ade ank)

Cursive said...

rahmat.. rahmat..

Nafiri said...

setahu aku, masa aku keje buruh binaan dulu-dulu,
'rumah yang baru' dibina mesti ada pelan yang diluluskan oleh PBT tempatan dan dalam pelan tu mest/wajib ada longkang.Soal kontraktor atau tuan rumah tak bina longkang tu, itu tak tahula.

catatan:
'Rumah yang baru' disini merujuk kpd rumah yang dibina melalui loan.