Aku memang dah lama tak menulis (selain dari menulis di sini) sejak kelahiran DRSA#10. Bermakna jangan haraplah korang akan jumpa DRSA isu terbaru dalam masa 2 - 3 bulan ni. Rasa malas sungguh nak menulis. Orang putih kata tak ada mood. Aku tau, nanti akan ada yang komen 'kalau malas, bila nak berjaya'. Tapi, itulah hakikatnya - dengan beberapa faktor yang mempengaruhi. Tak perlulah aku menyenaraikan faktor-faktor itu sebab ini bukan menjawab soalan peperiksaan. Bukan sahaja malas menulis, malah membaca pun malas juga. ada 4 -5 zine yang sampai ke tangan aku, tapi tak terbaca-baca lagi.
Namun, musim peperiksaan tiba lagi. Bukan aku yang ambik periksa, tapi aku kena jaga periksa. Bagusnya musim peperiksaan ni pada aku sebab masa ni la aku mula membaca kembali. Bukan apa, untuk isi 'lompong' masa (bak kata PK aku, "lompong ke lompang?") Duduk je tak buat apa-apa kadang-kadang sapai 2 jam setengah sangat membosankan. Masa ni kadang-kadang tengah berdiri pun aku boleh tertidur. Jadi, lebih baik aku baca zine ke buku ke kan? Dah 2 -3 zine aku khatam masa musim peperiksaan. haha.. Tapi dalam pada membaca tu pun bukanlah kata tak tengok sekeliling. Tengok kelas jugak. kalau kelas yang kuat meniru tu tak bolehlah.
Untuk pengetahuan entri ini ditulis pada pukul 5.5o pagi. Satu masalah bila menulis pagi-pagi ni ialah sering terganggu oleh panggilan tandas. Pagi-pagi kena buat pelaburan. ni pun dah dipanggil. jadi, aku pergi dululah.
*sila maafkan kalau ada terkurang m sebab keypad m ni problem
4 comments:
wah! ado tenet dumoh doh ke? awl menulis dan menaip...faiq punyo keje ke? hoho. oku doh odo blog. cekidout!
p/s;*sila maafkan kalau ada terkurang a sebab keypad A ni problem :p
FAZZRRIIIIIII, aku mintok ampun banyok2, laptob skoloh aku rosok. Mula2 ingat virus, hanto keda untuk format, lepas tu, hard disk bad sector. WAAAAAA, aku ingat buleh doh nok setart. tak dok rezeki. Nok menulis dalam blog pon siksa. Insyaalah, by hook or by crook, semenanjung akn keluor.
anix, nganjing mu.
matyi, cuti ni mu buat ork. awal tahun kuor. ke gane? ke nak aku buat? takut dok kena dgn kehendok mu pulok.
gapo dio semenanjung tu? anok beranok nasi ayam batu buruk ke?
Post a Comment