Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, November 26, 2009

Bahang Tanoh!

Situasi : Nak balik ke Dungun dari Pontian
1. 24hb : tiket bas terus dari Pontian ke Dungun dah habis. Kakak yang jaga kaunter sarankan aku ambik bas ke Kuantan. Kemudian bas yang sama akan terus ke Kuala Terengganu tapi dari Kuantan aku kena tumpang seat drebar sebab seat dah penuh. Bas pukul 6.30pm. Aku sampai di stesen bas pukul 6.05pm. Bas yang ada; 1. ke Kuala Perlis, 2. dia tulis Kota Bharu, Rantau Panjang. Aku tunggu bas ke Kuala Terengganu. 6.33pm kedua2 bas tadi bergerak, aku pegi tanya kaunter mana bas aku tapi kaunter dah tutup. Aku tunggu lagi. 6.34pm, aku terfikir, mungkinkah bas yang ke Kota Bharu tu bas aku. Aku telefon kaunter di Larkin. Dia jawab memang bas tu. Konfem aku tertinggal bas. Kot ye pun tulislah sepatah Kuantan ke KT ke.. ini tulis Kota Bharu/rantau panjang je. Mana aku tau.
2. 6.50pm aku nekad ambik teksi. Tak kiralah mahal pun, sorang2 pun. Aku tanya berapa tambang ke Larkin. RM60, RM15 sorg. Oleh kerana aku naik sorang, terpaksalah aku tanggung RM60. Bahang tanoh! Terpaksa balik jugak sebab ada komitmen di Dungun. Kalau teksi baru takpe, ini teksi lama. Tapi teksi tu lalu kot jalan yang aku tak pernah lalu untuk ke Larkin. Dapat juga sikit ilmu. Tapi tak konfem aku ingat ke tak jalan tu. JB ni dah macam KL. Takut aku bawak kereta kat bandar JB ni.
3. Lebih kurang 8pm sampai di stesen pengangkutan awam Larkin. Salah satu stesen bas yang hidup 24jam selain Pudu Raya. Cari tiket. Nasib baik ada. Terbang lagi RM. Tiket bas sekarang mahal woo.. Kemudian pergi makan kat medan selera kat atas. dah lama tak makan kat tempat macam ni. teringat zaman dulu2. Dahla makan sorang2. Apa pun tempat yang paling aku rasa tak selamat, tambah lagi jalan sorang2 adalah stesen bas. Walaupun orang ramai, tapi tetap rasa tak selamat. Ingatkan dapat naik bas 2 tingkat tapi tak berjaya. Bukan apa, saja nak rasa.
4. Malam ni naik bas lagi. nak balik Pontian. Seminggu dua ni kerja naik bas je. Oklah tu sorang2 berbanding kalau naik kereta minyak dah berapa. penat memanadu lagi. Harap2 semua perjalanan aku selamat sampai ke destinasi. Amiin.

6 comments:

Mince4AM said...

parok ngat dugaan...selamat jalan, semoga selamat sampai

Rahimin Idris said...

nasib badang ler!

kazziman said...

power ngak tambang teksi 60ya

kerk said...

gile. kalu aku r, sruh teksi tu kejok bas tadi. gap time antara bas gerok ngan mg tahu ut bas mg, dang lagi kejor...
ke lwat gok baru dpt teksi?

FastRi said...

Risiko nak kejar.
jln memang slow. susah nak potong2. bas ekspress pun bawak laju. kalu tak sempat, smpi di Batu Pahat mungkin bas dah terlepas, dah takdoh pilihan lain. kalu larkin banyak pilihan. + tambang teksi ke batu pahat RM70 haha

Unknown said...

dah nasib badan :)

fazri, aku buat zine PEROSAKXMINDA la..zine cap2 ayam jer kalau nak dibandingkan dgn DRSA :)