Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, May 13, 2010

Gambar Bercerita #2 dan hal-hal lain


hal-hal lain #1
Dalam pada aku duk rasa budaya membaca di Malaysia ni kurang memberangsangkan, aku agak terkejut dengan senario petang tadi. Masa aku berhenti dekat lampu merah, ada sorang mamat tengah membaca dalam kereta sebelah. Bukan. Bukan macam dalam iklan di tv tu. Dalam iklan tu anak-anak tengah membaca di belakang. Ini pemandu! Membaca sambil memandu? Aku tengok bukan main layan lagi dia duk baca manga kot. Tak dan dan. Tengah memandu pun nak membaca. Sampaikan lampu hijau pun tak sedar. Adakah anda rasa ini budaya yang sihat? Membaca memang bagus. Tapi kalau apa-apa terjadi macamana? Kalau melibatkan dia sorang takpela. kalau melibatkan orang lain yang tak berdosa macamana?
hal-hal lain #2
Sewaktu aku duk berulang-alik ke hospital, ada satu hari tu (baru-baru ni la) aku terserempak dengan seorang manusia yang memang dah lama aku tak jumpa. Yang aku nak sangat jumpa dia, lepak-lepak, minum air, dengar lawak dia. Manusia ni bernama Mat Duam Strict Tease. Dan manusia ni aku tengok tak berubah. Sama macam dulu. Dia ambil nombor telefon aku. Selang 2 hari aku sms dia, dia tak balas-balas. Macam dulu. Katanya anaknya dimasukkan ke wad kerana suspect demam ILI. Sama-sama kita doakan semoga anaknya cepat sembut. Amin.
p/s: aku tak suka betul bila menulis, terguna short-form. pengaruh sms/chatting.

8 comments:

M-Yusof said...

tahniah bro :) insyaallah anak kita sama umur..

Anonymous said...

Allahummaj'alhu minassoolihin.
Tahniah bos.

Nama mende anok? Jgn same nge anok abam nazri sudoh.Hahaha

Cepatnya masa berjalan...
Makin tua doh kita....
Subhannallah lamanya kita dok juppe
-abuharraz

FastRi said...

usop: terima kasih. bila due?

abuharraz ni matlo ke?: amin.. insyaallah nama nur iris irdina. kalu sama nge anok nazri maknanya 3 org la nama sama. kah kah kah. doh.. org lalu sokmo kut rmh kita tp takmboh singgah. nok wak guane..

Anonymous said...

Riiii, mcam mu mu aku tengok. Tang nama tu jangan tersalah daftar nur 'isis' sudoh. hahahhaha. mabruk!!!!- mat yie

Anonymous said...

-macam muka mu- bukan mu mu. hahahaha. saloh.- mat yie lagi

Anonymous said...

tahniah.. terima kasih!

pok rol

the kid said...

haha, makne hok comey nih mmg orang ramai brahi. tp seriously, aku dok ingat starang tah ke nama anok matlo, dakpe arr lolo.
buleh wak band nasyid skali kot.
gi surau bala skali.
mohd duam mmg rare.
lagi rare dr orang lain.
eheheh.
tahniah!

syik s. said...

tomellllnyaaaa tiaaa!