Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Friday, December 17, 2010

Ngeri

Suatu hari di minggu lepas, sebaik bangkit dari perbaringan, mata rasa lain macam. Rasa macam ada ketumbit (timbir) je. Senak semacam. Tapi setelah dibelek-belek, tiada pula tanda-tanda timbir sebab seingat aku memang aku tak ada mengintai orang buang air. Dua-tiga jam kemudian, sakitnya semakin mengganggu kehidupan seharian. Selang beberapa ketika, mata dibelek lagi dan lagi. Akhirnya aku perasan ada satu macam kulit keering kecil di bawah kelopak mata. Aku cuba membuangnya tapi gagal. Aku cuba lagi dan lagi. Akhirnya, dengan sepenuh kudrat dan persediaan menahan sakit aku cuba cabut lagi, dan kali ini berjaya. Tetapi sangkaan aku meleset. Aku ingatkan sel kulit mati. Rupanya ia bergerak-gerak. Bernyawa rupanya. Lantas aku mengkerengetkan ia tanpa belas kasihan.


Esoknya, aku perasan atas kelopak mata Irdina (7 bulan) pulak ada mcm sel mati tu. Aku cuba juga 3-4 kali nak membuangnya tapi tak dapat. Biasalah... budak ni tak bagi can aku nak mencabutnya. Kemudian ibunya menimbulkan syak. Agaknya benda tu sama mcm binatang yang gigit mata aku semalam. Kami pun sama-sama mengkerejong Irdina. Memang betul sangkaan ibunya. ia juga bergerak. Bezanya aku punya lebih besar dan berwarna hitam. Sedang yang bergantung pada irdina lebih kecil dan berwarna perang sepertimana gambar di bawah. Agaknya kutu kot. Ada ke kutu duduk dekat mata? Sakitnya boleh tahan. 3 hari juga baru hilang.


Cuma, agaknya kenapa mat-mat yang tiada kerje, yang suka berpeleseran tu orang gelar kutu. Binatang kutu tu ada juga kerja dibuat untuk hidup.

5 comments:

Syafinaz Ali said...

Kutu ke pirah a.k.a kutu babi.Hehehe!Kutu gatal,kalo pirah sakit.Hehehe!

FastRi said...

dok tau gok. dok tau kaler. pirah ada rupa mcm dlm gambo tu ke?

Syafinaz Ali said...

Dalam gambor tu mcm kutu dekat rambut.Kalau pirah hitam pastuh melekat kat kulit.Dia hisap darah mcm pontianak dalam Twilight tu.Ada org boleh demam kalo kena gigit.Hehehe!

cahaya_fajar said...

pirah la cg..kutu duk atas kpla je ase nyer...cg dop knal ke pirah,,hohoho..=)

syik s. said...

adik aku pernah kena kutu babi dalam telinga. sakit dia kata. doktor inject kasi binatang tu mati kering dalam telinga nanti dia kuar dengan taik telinga...