Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Tuesday, December 28, 2010

Road To Ruin

Salam.

Dalam tempoh sebulan ni, aku berkesempatan bertemu beberapa orang sahabat yang terpisah oleh jarak. Dan antara soalan yang paling popular ialah, bila nak update blog? Atau, bila isu baru DRSA nak keluar? Ini memang soalan yang susah aku nak jawab.

BLOG: sebenarnya bulan Disember ini dah 2 kali aku update blog. Tapi orang masih tanya bila nak update blog. Jadi, aku buat kesimpulan, bila dah lama sangat aku tak update, orang dah malas nak jenguk ke sini, walaupun mungkin ada benda baru. Namun, di sini aku nak nyatakan tak akan ada lagi pos baru selepas ini sehingga tamat tahun ini atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah jumpa di tahun depan. Terima kasih kerana sudi melawat.

DRSA: Bila isu baru? Memang aku tak dapat nak bagi tarikh. tak tau bila, tapi akan ada. Yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. Aku mohon maaf kepada penyumbang kerana tak mampu lagi nak menerbitkannya. Tapi jangan serik. Dan aku masih mengharapkan sumbangan daripada kawan-kawan dalam apa jua bentuk.

BAIKLAH, untuk tidak menghampakan para pelawat, nikmatilah klip jalan kehancuran ini. Muchas gracias.


No comments: