Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Monday, January 10, 2011

Ini cerita tahun baru

Dah masuk minggu ke-2, tapi aku baru nak bercerita pasal 2011. Konon-konon minggu lepas tu sibuk la, agaknya.

Baik, 2011 - kalau dari segi kerja, aku rasa aku akan lebih suka tahun ini berbanding tahun lepas. Tahun ini aku tak perlu lagi duduk di tepi padang atau di stor sukan. Tapi tahun ni aku beralih ke makmal komputer. Sesuatu yang aku lebih suka.

Semalam aku masuk ke satu kelas tingkatan 1. Masuk sekadar sembang-sembang, tanpa sebarang penyampaian ilmu formal. Boleh dikatakan mereka semua sudah biasa mengendalikan komputer. Aku kira ini satu kejayaan pihak kerajaan, terutamanya kerajaan negeri Terengganu yang membekalkan e-book kepada para pelajar sekolah rendah. Apabila ditanya mereka guna komputer untuk apa (selain daripada baca buku teks), maka jawapannya pelbagai - facebook, main game, download gambar, tengok video; itu jawapan popular. Lebih daripada separuh ahli kelas ini telah memiliki akaun facebook. Dan ada yang mampu menggunakan coreldraw. Pada aku ini sesuatu yang baik.

Tiba-tiba lalu 2 orang 'senior koya gedebe'. Maka berkata salah seorang ahli kelas, "Itu budak punk." Lalu aku bertanya apa itu punk. Jawab rakan di sebelahnya, "punk itu busuk, tak mandi."

Kelas ini ada pelajar Cina. Dan aku lihat mereka bergaul dengan baik - Melayu, Cina; walaupun baru seminggu kenal. Ini meyakinkan pendirian aku bahawa perpaduan mesti dimulakan sejak kecil, bukannya di PLKN atau dengan mewajibkan subjek tentang perpaduan di IPT. Kerana pada usia kanak-kanak ini mereka kurang berasa curiga dan berprasangka. Kanak-kanak biasanya suka berkawan. Tidak kira siapa. Bila dah besar, mereka telah dimomokkan dengan pelbagai perkara.

Ah, macam orang politik pulak aku cakap. Sehingga di masa akan datang...

4 comments:

Fara Fox said...

haha busuk tak mandi ke? ada punk siap pakai perfume berjenama mahal

FastRi said...

haha.. itu kalau aku korek lagi tu ada yang kata punk makan sampah.

aku gaban said...

haha
mujur xkate punk macam hop kat dgate ho.ahaha

syik s. said...

koya gedebe? apa tu?