Pada aku, t-shirt kosong pun comel. Pakai t-shirt kosong tanpa sebarang gambar, tulisan pun segak. Tapi hal ini macam juga muzik. Muzik pada dasarnya memang indah. dan indah, cantik, comel itu pula bersifat subjektif. Faham-faham sendirilah ye.
Dalam bab bermuzik, baru-baru ini ada sorang sahabat berpendapat, muzik sepatutnya yang mudah ditangkap oleh telinga pendengar. Walaupun lirik bagus, tapi muzik tak sedap atau susah nak tangkap pun tak guna. lebih kurang begitulah pendapatnya. Aku akui. Namun ada tapinya. Ada suara menambah, walaupun sesebuah band itu menyanyi wowargh-wowargh, tiada butir bunyinya, sepatutnya masih ada ruang untuk mereka. Kalau dalam rilisan, mereka sepatutnya menyertakan lirik atau lebih baik lagi menyertakan sekali penerangan bagi setiap lagu. Begitu juga bila berada di pentas aksi. Oleh kerana bentuk nyanyiannya tidak jelas, maka perlu bagi mereka menerangkan terlebih dahulu lagu yang hendak dimainkan. Ini pun aku setuju.
Aku pernah terlibat dengan 2 buah band yang menyanyi wowargh-wowargh tak tahu ke bende bagi sesetengah orang. Ada yang kata macam menghambat anjing, dan ada yang kata macam orang sakit. Aku bukan marah. Dah memang itu impressi mereka. Cuma bagi kami, muzik itu datang dulu. Muzik yang menyatukan kami. Dan kami senang dengan muzik yang kami mainkan. Namun, kami tidak mahu sia-siakan ruang yang ada di jabatan lirik. Di situ kami rasa perlu kami berkongsi pendapat-rasa dan ilmu. Supaya ia bukanlah sekadar muzik yang kosong tanpa pengajaran dan iktibar.
Aku sebenarnya nak cerita pasal baju. Dan halnya pada aku sama macam muzik di atas. Ada orang suka t-shirt kosong, kaler-kaler, t-shirt band dan sebagainya. Aku pun kadang-kala suka juga t-shirt kosong. Namun aku suka juga isikan kekosongan tersebut dengan mesej-mesej tertentu, yang menyatakan pendirian kita, pandangan kita. Dan aku berpendapat baju juga merupakan agen propaganda. Penjana transformasi apa sahaja yang ingin disampaikan.
Sekarang, sahabat-sahabat sedang ligat mengacukan sendiri t-shirt masing-masing. Mengikut citarasa sendiri. Tepuk dada tanya selera.
1 comment:
baju misfits = seorang yang gile-gile :P
Post a Comment