Kalau cerita pasal tentera, mungkin ramai yang tak suka. Apa lagi kalau cerita pasal kapal selam, kapal perang dan pesawat tempur. Berapi-api marahnya. Macam naga berapi.
Tapi ni aku nak cerita pasal budak sekolah yang masuk kadet askar - PKBM. Aku tahu setiap benda ada pro dan kontra. Tapi kali ni aku nak highlight sisi baik PKBM ni. Kalau asyik duk cerita pasal keburukan je tak best jugak.
6 tahun aku duk ikut aktiviti budak2 PKBM ni. Pada pengamatan aku, ini unit beruniform yang paling mudah dijaga (tapi ini antara unit yang paling aktif. bermakna aku kena korbankan banyak masa aku ). Di samping menitikberatkan disiplin, setiap aktiviti yang dijalankan mampu mengajar kadet-kadet berkawan, bergaul, bersosial - mengeratkan silaturrahim. Nampak macam biasa, tapi hubungan sesama manusia ni kadang-kadang banyak halangan. Sikap pentingkan diri sendiri, ditambah dengan lain-lain kelemahan (sifat) manusia itu sendiri. Aku bergaul dengan mereka. Mereka akui kawan-kawan mereka yang biasanya kedekut, belajar jadi tak kedekut. Tolong menolong memang paling dititikberatkan.
Usik-mengusik memang biasa. Kadang-kadang agak kasar. Bukan berdasarkan kebencian. Sekadar gurauan. Kan biasa kita dengar orang cakap, "tak gurau, tak mesra". Yang pasti, kasih sayang tersemai antara mereka. Seorang kadet yang biasa dibuli, tapi masih boleh melepaskan lelah pada sang pembuli, berbaring di atas badan sang pembuli yang sama-sama lelah selepas menjalani aktiviti. Tak ada rasa nak marah. Aku kagum dengan mereka. Kadang-kadang aku rasa aku lebih teruk dari mereka. Dan aku belajar dari mereka.
Tambahan pula aku dapat pengalaman yang tak semua orang dapat. Aku berpeluang mengendalikan M-16, juga kereta perisai Adnan. Peduli apa orang nak kata.
Selepas kem PKBM baru-baru ni aku ke kenduri kahwin seorang sahabat. Kawan ni hantar kad jemputan ke aku. Jadi, aku rasa nak pergi. Tambahan pula, alamatnya Taman Peramu Jaya. Sangat familiar. Tengok pada peta kat kad jemputan tu macam dekat je kot. Dekat Kuantan je. Kebetulan aku dah ada kat Kuantan.
Aku kontek seorang kawan untuk pergi bersama ke kenduri tersebut. Katanya kenduri tu kat Pekan. Ah, sudoh. Aku ingatkan kat Kuantan je. Takpelah, Pekan pun tak jauh sangat kot dari Kuantan. Redah je lah. Dalam perjalanan, aku berfikir macam mana aku boleh kenal dengan pengantin ni. Lama jugak aku recall. Oh, mungkin masa dia study dekat KUSTEM dulu kot. Tapi dah lama lost contact. Last aku contact dia tengah sambung belajar dekat UPSI. Dan sejak ada FB ni aku tau yang dia dah posting.
Tapi, bila aku jumpa dengan kawan yang nak pergi sekali tu, aku cakap dengan dia, aku macam tak pernah jumpa lagi dengan pengantin. Aku jadi keliru, macam mana aku kenal dengan pengantin ni. Kawan tu cakap mungkin dulu pernah bermain surat. Pengantin tu dulu kan buat newsletter. Hot Chicks On Board ke apa nama newsletter dia dulu. Jadi, betullah. aku tak pernah jumpa dia. Dan betullah, dulu kami saling berutus surat. Patutlah aku rasa familiar je alamat Taman Peramu Jaya tu.
Selamat pengantin baru buat Ashekin Jane Alias dan Hairul Izhar. Semoga sentiasa berbahagia. Terima kasih kepada Firdaus dan Wary (yang aku baru kenal) dan juga Epi kerana temankan aku.
1 comment:
sekolah aku juga dulu PKBM darat dgn udara lah yg paling aktif. lagi2 sekolah aku sebelah kem tentera. lagi2 nama sekolah aku dulu pun sekolah tentera apa entah. itu sejarah. haha. apa aku nak ckp, bagus juga artikel yg bercerita ttng pro ni. takde marah2. takde benci2 :)
Post a Comment