Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, June 25, 2011

Bersih

Entah apa mimpi, terbit matahari pagi tadi je member gua sound ajak pekena roti canai. Kebetulan gua memang ada urusan nak kena keluar awal. Jadi, gua on je. Tapi member yang sorang lagi nak pekena 'pulut nyior'. Katanya lebih klasik. Gua sebenarnya lebih prefer roti canai. Bukan apa, barangkali sudah muak sebab mak gua memang buat pulut nyior untuk dijual masa zaman gua sekolah dulu. Tapi tak kesahlah, bukannya kedai tu jual pulut nyior semata-mata.

Gua sampai je diorang berdua dah selesai santap pulut nyior. Gua pilih nasi kerabu je. Tengah sedap layan makan, sorang daripada member gua tadi bertanya berapa lama dah gua tak basuh kereta. Gua cakap, memang gua dah lama tak basuh kereta gua secara rasmi. Last gua basuh dengan air hujan je. Tapi, on top of that (entah betul ke tak gua guna ayat tu) gua cakap, bukan gua tak nak basuh, tapi gua tak berani nak kereta gua kelihatan bersih. Sebab kerajaan marah benar dengan bersih sekarang ni.

7 comments:

fahmi fitri said...

hahahha...berat nanang kerajaan lening...

abuharraz said...

demo gi dok Bersih? kalu gi,aci tumpang dari Kemaman dok?

aku gaban said...

pulut dia jadi..cuma ikan nye kurang menyengat.haha
kebersihan sebahagian daripada iman.. :)

FastRi said...

abuharraz: ambe nok tera bersih diri ambe dulu. byk sgt kotoran ni. maklumlah org krjn :(

abuharraz said...

FastRi: Cara paling cepat untuk bersihkan diri adalah mandi menggunakan pancutan water canon.mehla boh gi...

FastRi said...

insyaallah. akan dipertimbangkan

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

pulut nyior beh boh. di kl/selangor ni mana nok cari?? kalu balik kapung sekali sekala mok aku mesti buat. sbb anok2 die duk luor mmg suke beno makang pulut nyior.