Salam sejahtera.
Selamat beribadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak (ah, ini sangat dibenci oleh rakyat Mesir saat ini).
Ramai mengetahui bulan Ramadahn bukanlah bulan untuk bermalas-malasan. Bahkan pada tahun pertama difardhukan puasa, umat islam masa itu telah menghadapi peperangan yang besar. Dan alhamdulillah memperoleh kemenangan.
Peperangan bukan sahaja bermaksud bertempur di medan perang dengan senjata dan sebagainya. Mungkin zaman ini kita lebih perlukan berperang dengan diri sendiri. Maksudnya dengan sikap dan tabiat yang tidak baik yang ada dalam diri kita. Menentang nafsu yang tidak baik dan sebagainya.
Di sekolah menengah di seluruh Terengganu tika ini para pelajar tingkatan 5 sedang berjuang di medan peperiksaan percubaan SPM. Kalau aku sebagai pelajar, aku rasa aku suka menduduki peperiksaan di bulan puasa. Mungkin mengambil berkat bulan yang mulia ini. Dengan kita sendiri yang cuba untuk tidak melakukan dosa.
Musim peperiksaan bagi aku disambut dengan hati yang lebih senang. Yelah, kurang sikit kena tulis buku rekod mengajar, masuk kelas tak payah mengajar. Cuma mengawas peperiksaan ni sesuatu yang agak membosankan. Dan aku seringkali mengantuk ketika mengawas peperiksan. Sebab kurang aktiviti. kadang tu sambil berdiri pun boleh terlelap. Sebab tu kadang-kadang aku ambil peluang masa ni untuk membaca. Baca buku atau zine yang dah lama beli tapi tak baca-baca. Inilah masanya. Ya, ini memang melanggar etika. Tapi, daripada aku terlelap, baik aku membaca. Dapat juga sesuatu. kalau tak banyak pun sikit jadilah. Dan ini bukanlah bermaksud aku mengadap buku dari awal hingga akhir. Bukanlah bermaksud aku tak mengawas langsung. Pandai-pandai lah. Dan bergantung kepada kelas tertentu jugak.
Akhirnya, selamat maju jaya kepada calon SPM. Dan selamat beribadah kepada semua.
No comments:
Post a Comment