Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Tuesday, August 16, 2011

Nama Pendek Nama Panjang




Baru selesai mengisi borang. 50 salinan. Tapi cuma perlu isi nama, tandatangan dan tarikh. Jenuh juga. Nasib baik nama aku pendek. Aku cuma terfikir bagaimana kalau esok-esok anak aku yang agak panjang namanya perlu menulis nama 50 kali. Kesian jugak. Mungkin ada yang kata buatlah cop. Senang tinggal cop je. Betul jugak. Tapi aku ni belum tergerak hati nak buat cop nama. Sebab jarang-jarang guna (haha).

Pun begitu, bukan semua borang yang boleh menggunakan cop. Ada yang kena tulis tangan. Terutamanya borang-borang yang melibatkan jabatan-jabatan tertentu atau borang pinjaman ke, nak mohon itu ini ke. Ada yang kena isi sampai 4-5 salinan.

Mungkin di sini lebihnya nama pendek. Ringkas dan padat. FAZRI BIN MOHD. Cuma mungkin bunyinya kurang cantik atau menarik. Sebab itu juga barangkali ada yang tulis nama aku Mohd Fazri bin Mohamad. Dah bagi pendek nak tulis panjang pulak. Cuma sayangnya nama aku ni setakat hari ni belum jumpa makna. Tapi taklah pulak aku salahkan orang yang bagi nama. Aku percaya itu yang terbaik yang terfikir olehnya.

Pernah suatu hari aku ditanya oleh seorang pelajar Cina. "Kenapa nama orang Melayu panjang-panjang?" Aku dah lupa apa aku jawab. Itu sebab barangkali orang kata Melayu mudah lupa.

3 comments:

nizang said...

kalau aku makan pajri nenas. aku igt nama mung.

:)

FastRi said...

terima kasih sbb ingat. :)

Jimbo said...

hehehehe