Malam tadi terima satu sms daripada seorang pelajar tingkatan 5 2011, berbunyi:
"Geng, hari ni, hari terakhir 2011. Besok dah nak masuk 2012. Wa akan ingat seribu kenangan bersama lu orang semua pada tahun ni. Tahun 2011 memberi sejuta erti bagi gua. Selamanya akan gua ingat. Sebarkan sebanyak yang mungkin pada insan yang terkancip sebelum pukul 11.59 malam ni. Supaya 2011 kita masih ingati"
Aku sedikit rasa terharu. Aku seorang daripada insan yang diingati di kalangan kawan-kawan dia, walaupun aku yakin, aku bukan yang terbaik bagi dia (atau dia tersalah hantar? kahkahkah). Aku tau, kadang kala aku buat dia tertekan dan membara dalam hati. Dan dia hampir-hampir quit dari kelas aku.
Aku memang banyak kenangan dengan dia. Aku mula mengajar dia masa dia form 1. Kemudian, aku masih mengikuti perkembangan dia walaupun aku dah tak mengajar dia selepas tu. Dia sedikit nakal. Biasalah, budak-budak melangkah ke alam remaja. Dia tingkatan 4, kami bertemu kembali di dalam kelas. Sedikit rebel pada awalnya. Tapi dia pelajar baik. Amat ketara perubahannya menjelang pertengahan tahun lepas. Aku percaya, dia akan berjaya suatu hari nanti.
Malam tadi juga, aku ada add seorang bekas pelajar tahun 2010 di fb. Aku tegur (baca: menyapa, bukan memberi teguran) dia. Dia balas:
"ngeee ~ cg egt g sayee ? haha . egtkan cg egt sep2 hop xpert akaun je . ;p . thnxs cg ! :)"
Aku tak bezakan pelajar mengikut kepandaian mereka. Aku cuba layan mereka semua sama, terutama dalam kelas. Yang paling ditakuti dan nak sangat elakkan ialah ada pelajar rasa aku pilih kasih. Mintak dijauhkan.
Semoga semua mereka, dan kita semua berjaya dalam hidup. Selamat tahun baru.
No comments:
Post a Comment