Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Saturday, May 19, 2012

Jalan kaki - Berziarah - Memori - Sihat

Dua bulan lepas, tahap kesihatan aku sedikit kurang memuaskan. Perkara yang sebelum ini tidak pernah aku rasa dan alami, berlaku ke atas diri aku. Sedikit merisaukan aku. Tambah-tambah, ia berterusan. Mungkin ini yang menyebabkan tekanan darah aku sedikit melepasi tahap normal.

Aku cuba berkongsi hal ini dengan teman-teman. Dalam banyak-banyak maklumbalas, aku nak kongsikan pula satu maklum balas tersebut (maklumbalas ni sebenarnya 1 perkataan ke dua perkataan?). Seorang teman kata aku kurang bersenam. Itu punca kesihatan terganggu. Aku setuju. Memang aku kurang bersenam dalam ertikata bersukan atau joging sekalipun. Tapi, aku katakan padanya aku banyak berjalan kaki. Pada aku, berjalan kaki pun bersenam juga. Namun, aku mendapat maklumbalas yang sinis daripadanya. Seolah-olah dia menafikan yang berjalan itu satu senaman.

Sebenarnya aku memang pernah terbaca yang berjalan kaki itu juga sejenis senaman. Tapi, oleh kerana pembacaan aku itu dah lama dan aku tidak pegang kemas-keming, aku jadi tidak yakin untuk meyakinkannya. Aku perlu membuat rujukan balik. Hasilnya, memang banyak artikel yang kata berjalan laju, sederhana, hatta perlahan pun boleh menyihatkan badan. Nah, ia mengembalikan keyakinan aku.

Sebenarnya, minggu lepas, untuk menyedapkan hati atau sebagai langkah pencegahan awal, aku ada pergi membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang dikendalikan oleh Pathlab. Hasilnya, alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Bahkan, selepas darah diambil untuk ujian tersebut, aku rasa 'sedap tubuh' sikit. Mungkin lepas ni aku kena amalkan derma darah atau berbekam. Dan bila aku tanya kenapa aku rasa sakit-sakit yang tak pernah aku rasa sebelum ni, dia jawab mungkin sakit urat.

Orang Eropah ada buat kajian pasal jalan kaki. Kajian menunjukkan bahawa didalam otak terdapat satu bahagian yang berfungsi sebagai penyimpan memori yang akan membesar apabila latihan berjalan kaki itu dilakukan. Kita pula dari dulu lagi digalakkan berziarah. Ziarah orang dulu-dulu dengan berjalan kaki. Tapi kita jarang ambil iktibar. Jarang buat kajian. Lebih suka ambil hasil kajian orang Barat.

1 comment:

Unknown said...

alhamdulillah :)
*perenggan last tu agak kecil.kerut dahi nak bace.haha