Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, May 09, 2012

Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Salah satu peribahasa orang tua-tua kita. Ibu ketam yang jalannya ke tepi tetapi ada hati cuba mengajar anaknya berjalan dengan betul. Inilah yang dipertikaikan. Ada yang kata si ibu perlu memperbetulkan jalannya terlebih dahulu sebelum ia membetulkan jalan anaknya.


Perlukah kita menunggu sehingga diri kita sempurna, kemudian barulah kita boleh menegur, menasihati atau mengajar orang lain? Kalau begitu, haru-birulah dunia ini. Bagaimana pula dengan ibu bapa? Semua ibu bapa mahukan kehidupan anak mereka lebih baik daripada kehidupan mereka. Kalau begitu, nak tunggu mereka sempurna baru mereka boleh mendidik anak-anak mereka? Mana ada manusia yang sempurna sekarang ini. Nak tunggu kiamat?


Memang betul, seboleh-bolehnya, secantik-cantiknya kita memperbetulkan diri kita dahulu sebelum menegur orang lain. Itu yang sebaik-baiknya. Pun begitu, tak salah kalau kita nak menegur orang  walaupun diri kita tak berapa betul. Proses pengajaran dan pembelajaran itu luas dan pelbagai. Kita tak betul, seboleh-bolehnya kita tidak mahu orang lain ikut jejak langkah kita yang tak betul. Tidak buat kesilapan yang sama. Ambil iktibar. Pada aku, peribahasa ini sedikit menghalang orang buat baik.


*Dipetik daripada  DRSA#7, Ogos 2006

1 comment:

Anonymous said...

betul bagi ketang adalah jalan mengiring, jadi ibu ketang sudah pon berjalan dgn betul..!~betul ketang