Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Thursday, August 16, 2012

Batik

Sekarang ni pelajar-pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan sibuk buat kerja kursus (yang sebenornya sibuk nak raya dah ni). Tahun ni mereka kena buka kedai pakaian. Salah satunya kena buka kedai pakaian batik dan songket. Kesian juga sebab ada antara mereka yang tidak biasa dengan batik dan songket ni. Tambah-tambah lagi pelajar Cina. Tapi, itulah maksud belajar, kan? Tak tahu, belajar sama-sama, bertanya sama-sama. Carigali ilmu tersebut. Dah tahu, kongsi sama orang lain.


Bercerita pasal batik ni, teringat pada satu pengalaman atau lebih tepatnya insiden masa aku belajar dulu. Masa aku belajar dulu, yang memaksa aku menginap di kolej, aku biasa memakai kain batik pada waktu malam, atau lebih tepatnya time nak tidur. Ya, kain batik yang orang perempuan pakai tu, yang mak-mak kita biasa pakai. Tak tahulah perempuan sekarang pakai kain atik ke tak.

Ada satu malam tu felo buat spot check. Aku yang amat yakin tidak melakukan sebarang kesalahan (kalau ada nak kena syarah sikit pun mungkin sebab banyak kaset muzik bising), tak adalah nak gabra sangat. Alih-alih aku kena syarah sebab pakai kain batik. Apa dia ingat aku ni pondan ke apa? Aku pakai masa nak tidur je pun. Bukannya turun ke kafe ke. Apatah lagi nak pergi ke Mall atau kelas.

Mungkin inilah jadinya bila kita tidak cuba memahami budaya orang. Masyarakat Terengganu memang gemar memakai kain batik. Tak kira lelaki atau perempuan. Dululah. Orang lelaki biasa pakai kain batik masa nak buat kerja kampung - pergi ke padang, tambat lembu, main wau, ke baruh, ke laut. Aku pun cubalah amalkan warisan tu.

Sebenarnya sedap juga pakai kain batik ni. Terutama masa nak tidurlah. Lawas (selesa) yang amat sangat. Sistem pengudaraan yang sangat baik. Ekonomik pula tu. Lebih murah berbanding seluar trek Cheetah atau Forest. Kecuali kau beli seluar trek bundle.

Salam Idul Fitri. Maaf zahir dan batin.

No comments: