Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, August 26, 2012

Datang dan Pergi



 Hari raya setahun sekali. Ia datang dan pergi. Bukan raya saja, semua kejadian di bumi ini datang dan pergi. Semua sekali. Setiap kali hari raya, mesti berkumandang lagu di atas. Rasa aku, lagu ni adalah lagu raya yang paling popular. Dan setiap kali mendengar lagu ni, aku teringat kepada seorang kawan. Arwah Syukree.

 Aku kenal arwah tahun 96 atau 97 kot. Masa tu dia baru habis sekolah. Kami saling berkongsi stuff. Dalam banyak-banyak kaset dia yang aku pinjam, ada 1 kaset c-60 (aku lupa kaset apa - yang selalunya kosong di hujungnya) yang dhujungnya dia atau kawan dia rekod intro lagu raya ni la, guna gitar tong. Sebab tu setiap kali raya, aku ingat ke dia. Kemudian arwah buat zine. Chaos PS. Chaos Pulau Serai katanya. Pulau Serai tu kampung dia. Terpengaruh dengan Chaos KP The Bollocks.

Arwah ni seorang yang berterus-terang. Apa yang dia pikir, dia akan cakap. Dek kerana sikapnya yang ini juga, dia sering dihambat kontroversi - oleh orang-orang yang tak setuju dengan cara atau pemikirannya. Apa pun, kewujudan Chaos PS ni antara punca aku buat Zine DRSA.

 Kemudian, arwah sambung mengaji di Penang. Sambil-sambil aktif dengan FNBPP, beliau ada buat newsletter bertajuk Practice Subversive (masih mengekalkan PS-nya itu). Masa ni aku dah jarang kontek dia. Lepas belajar, dia kerja kat KL. Sejak itu memang lama aku tak jumpa dia.

 Tiba-tiba arwah balik kampung dan ajak jumpa. Kemudian seminggu lepas tu arwah balik lagi. Kami jumpa lagi. Dia tumpang aku ke satu majlis perkahwinan sahabat di KT. Akhirnya, lebih kurang seminggu lepas tu aku dapat berita dia dah tak ada. Hebat betul perancangan Allah.

 Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya tenang di sana.

1 comment:

raepacelli said...

Casino Near Me - MapYRO
Find 공주 출장마사지 all 속초 출장마사지 Casinos Near 화성 출장안마 Me in Arizona, United States (mapyro) - Find Casinos Near 속초 출장안마 You in Arizona, 영주 출장안마 United States (mapyro).