Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Friday, September 07, 2012

Motor & Irama

Ini bukan cerita ilmiah. Ini cerita hiburan semata-mata. Cerita kejahilan.

Aku telah di'tag' oleh Alip berkenaan dengan video klip ini. Jadi, ini cerita pasal mereka. Kebetulan semasa aku memainkan video klip yang 'ditag' ini, lagu (yang lain) mereka juga sedang berkumandang di itunes. Mereka ialah Motorama. Asal-usul nama Motorama ni senang ditebak berdasarkan lagu-lagu mereka yang agak cathcy (pada aku. Aku ni buta sikit dalam mengulas muzik); iaitulah motor + irama = Motorama. Motor sebab drumbeat mereka yang tidak meleweh-leweh. Manakala irama kerana lagu mereka masih mellow. Begitulah asal-usul nama band ni kalau mereka ni berasal dari Malaysia. Tapi mereka bukan dari Malaysia. Mereka dari Rusia. Jadi, yang sebenarnya aku tak tahu kenapa mereka memilih nama Motorama tu.

Pertama kali aku dengar lagu mereka ialah dalam kereta Pawi Husin. Aku ingat itu lagu The Smiths. Tapi lain macam soundnya. Vokal macam Morrissey. Tapi sound gitar macam The Cure. Kemudian aku dapat (tanpa meminta) lagu-lagu mereka daripa Alip. Dan aku jatuh cinta dengan mereka.

Berbalik kepada video klip yang dikongsi tadi, best juga. Nampak band member mereka menggila. Maka, dengan masa yang ada untuk dibazirkan, aku mencari aksi mereka live. Ceh, rupanya tak seperti yang digambarkan dalam klip tu. Gitarisnya kaku. Mungkin nak beri tumpuan pada permainannya. Bassist okey jugaklah (Sebab awek). Ada juga melenggokkan bassnya ke kiri dan ke kanan. Taklah nampak kaku sangat. Cuma vox/gitarnya yang aktif. Juga kibordis. Tapi, pentas yang kecil menyelamatkan persembahan mereka. Menyebabkan secara keseluruhannya nampak tak kaku dan bosan sangat. Sebab tu lebih baik bermain dipentas kecil berbanding pentas yang besar (terutama bagi 3 pieces band macam KS dulu). Lepas tu pula, copong (microphone) hanya digunakan untuk menyanyi semata-mata. Dari awal hingga akhir. Tak ada ucapan, tak ada interaksi dengan audien. Hanya ucapan terima kasih diakhir persembahan. Kalau dalam scene punk rock, ini memang mnodal untuk dikutuk.

Hah, aku rasa itu sahajalah yang nak diceritakan pasal mereka. Apa-apa pun, aku masih sukakan mereka. Dan sekali lagi aku nak tekankan, ini adalah pos hiburan semata-mata. Take it as entertainment. Sekian.


No comments: