Hidup kita ni selalu sangat syok sendiri. Kita buat apa yang
kita suka. Dan jarang pula kita ambik tahu apa yang orang rasa. Setelah
bertahun-tahun mengajar, ini kali kedua aku cuba untuk tahu apa yang pelajar
rasa tentang aku. Untuk itu, untuk tidak bias, aku minta tolong Abam Bear
menanyakan soalan kepada pelajar. Dan berulang kali aku tekankan, jawablah
sejujurnya. Aku berharap ada sesuatu yang negative, supaya aku dapat betulkan,
atau cuba perbaiki. Tapi.. tulah.
1) Mengikut
pemerhatian kamu, adakah kamu rasakan cikgu Fazri mempunyai teknik pengajaran
yang sedikit berbeza dari cikgu-cikgu yang lain? Kalau ada sila nyatakan.
Umie: Bagi saya, cara pengajaran cikgu
Fazri sedikit berbeza dari cikgu-cikgu lain kerana cara pengajaran cikgu Fazri
tidak terlalu serius dan tidak terlalu memaksa sehingga menyebabkan saya dan
kawan-kawan menjadi stress. Cara cikgu Fazri mengajar seolah-olah belajar
sambil merehatkan minda kerana dalam pembelajaran bersama cikgu Fazri tetap ada
gelak tawa kawan-kawan sekelas.
Kyra: Iye..saya rasa cikgu Fazri berbeza dari cikgu
lain sebab cikgu mulanya memang nampak garang dan mussang gitu.. padahal, cikgu
yang paling the best sekali.. Cara cikgu mengajar saya dengan kawan-kawan memang
lain dari yang lain.. Lain macam mana tu
saya tak reti nak huraikan..
Ruby: YA, Cg Fazri mempunyai
teknik pengajaran yang sedikit berbeza dari cikgu-cikgu lain dari segi kelas
tambahan. Beliau sangat cekap dan laju untuk merebut peluang kelas tambahan
berbanding cikgu-cikgu lain dan sanggup melakukan kelas berjam-jam apalagi
selalu lebih dari waktu yang ditetapkan. Beliau juga ada ajar teknik-teknik
dalam akaun yang mudah yang pada pendapat saya cikgu-cikgu akaun yang lain pun
tidak berbuat sedemikian.
2)Bagaimana kalau saya katakan Cikgu Fazri itu seorang Punk?
Adakah kamu percaya? Apakah definasi kamu tentang Punk?
Umie:
Bagi saya, cikgu Fazri bukan seorang yang Punk, kerana
pada pandangan saya, Punk tu seorang yang ganas dari segi pemakaian dan
tatasusila. Dan seorang Punk seperti seorang Rockers dan cikgu Fazri bagi saya
hanya seorang cikgu yang mengajar saya dan seorang rakan yang mudah di ajak
bersembang di luar sekolah.
Kyra: Ye saya percaya, sebab ada cg cerita
masa tu.. Dan saya dah tengok gambar cg dah masa tu.. Berbeza sangat.. tapi
cool dengan bersubangnya..huhuhu.
Ruby: Jujur
saya mengaku yang saya pernah percaya dengan cerita bahawa Cg Fazri ialah
seorang punk. Sebab melihat dari ciri-ciri fizikalnya seperti seorang rocker
yang sesuai untuk jadi seorang punk. Tapi saya buat tak tahu je kerana mungkin
itu cerita dulu. Apa yang penting sekarang dia seorang pendidik. Dan akhirnya,
kebenaran terungkap dengan cerita-cerita beliau terhadap saya dan member class
bahawa punk yang dimaksudkan ialah aktiviti kebajikan, kalau tak silap la......
Syahira: : Hmmm..
percaya kot sebab saya pun ada dengor gossip-gosip pasal cg Fazri ni dulu seorang
punk.. Pada pandangan saya seseorang yang menyertai punk tak semestinya orang tak
dop masa depan.. Bergantungla pada kumpulan punk yang disertai sama ada baik atau
sebaliknya..
3)Apakah yang kamu tahu tentang sub-budaya Underground?
Umie:
Saya tidak tahu tentang sub-budaya Underground.
Kyra: Saya tahu sikit-sikit je.. Saya kenal
dengan black metal je.. Tapi kumpulan cg tu tak nampak black metal po.. huhu..
Nampak baik.. Sebab saya tengok dalam gambo tu lah..Bagi makanan dekat orang..
Ruby: Maaf, saya tak tahu tentang sub-budaya
underground.. =D
Syahirah: Underground yang saya tahu ialah
muzik yang kasar, bising dan ganas kot macam punk, dan metal..(tapi saye pun tak
berape pasti)
4)Adakah kamu percaya yang Cikgu Fazri pernah terlibat dengan
muzik Underground suatu masa dahulu?
Umie:
Saya percaya bahawa cikgu Fazri pernah terlibat
dengan muzik underground pada suatu masa dahulu kerana dia pandai dalam bermain
gitarnya.
Kyra: Memang mulanya saya tak percaya. Selepas
cg cerita.. saya percayalah dengan ada gambarnya..hehe
Ruby: Walaupun saya tidak tahu tentang muzik
underground.. Tetapi, dengan perkataan "muzik" saya boleh percaya dan
agak cikgu Fazri boleh jadi pernah buat persembahan nyanyian. Guitarist dan
rocker juga mungkin.
Syahirah: Hmm..mungkin (sebab cg Fazri tak pernah
bercerita pun pasal hal ni) jadi saya buat spekulasi senderi la yang cg Fazri mugkin
pernah terlibat dengan muzik underground ni suatu masa dahulu..
5)Jika dilihat dari penampilan luar Cikgu Fazri, bagaimanakah
kamu boleh cuba menafsirkan beliau? Dan adakah kamu rasakan tafsiran kamu itu
mengena?
Umie: Jika dilihat penampilannya dari luar, saya merasakan dia
seorang yang garang kerana sikapnya yang dingin dan susah untuk memberikan
senyuman, tetapi setelah saya mula mengenalinya dengan lebih dekat, semua
tafsiran saya itu salah, kerana dia seorang yang peramah dan mesra bersama
semua orang terutama anak muridnya.
Kyra: Mulanya saya rasa cg ni garang dan
mussang, tak suka orang.. tak suka murid-murid.. Macam anti la murid-murid.. Sebab
kebiasaan cg SO kan ada anti murid-murid. Sebab sekolah SO ni kan dianggap sekolah
teruk.. tak macam sekolah lain.. Gitu la.. Rupa-rupanya tak..Cikge sporting..dan
bertanggungjawab .Saya suka cara cg dengan anak-anak cg.. mulanya saya datang rumah
cg..tengok anak-anak cg..manja dengan cg. Saya rasa tak caya cg yang saya anggap lain..
Rupanya jauh beza dari yang saya anggap tu.. Sebab tu la setiap kali cg lain marah-marah
kita sekelas.. sokmo seru (panggil) nama cg.. Cg Fazri tak gini.. Cg Fazri
lain.. Sedap cg Fazri lagi.. Semuanya bandinagkan cg Fazri. Dan semuanya pasal
baik-baik..Saya bukanlah nak puji ataupun cg anggap saya nak ambik hati cg.. Saya
bagi tahu mende betul ..
Ruby: Melihat dari penampilannya semasa
pertama kali dia masuk ke kelas sangat menakutkan. Dari muka yang kadang senyum
kadang tak dan nampak sedikit ganas. Dengan cerita tentang "punk"
yang membuatkan saya pernah terfikir adakah beliau terikut-ikut dengan budaya
barat? Sehinggalah diceritakan tentang yang sebenarnya.
Syahirah: Yang ni soalan fav saya.. Hmm kalau
tengok pada penampilan cg Fazri mula-mula memang nampok macam orang yang
garang, tegas, tak mesra dan tak banyok cakap.. Senang kata, susah nak rapat la dengan dia.. Nak nampok cg Fazri
senyum kat orang yang dia tak kenal pun susah.. Tapi tafsiran saya saloh la..
Sebenarnya cg Fazri ni seorang yang mesra, baik dan caring la pasal
student-student dia (saya hargai semua jasa dan pengorbanan cg sepanjang bagi
ilmu dekat saya dan sabar dengan perangai saya.. Saya tahu saya banyok buat cg
sakit hati.. saye mintok maaf)
6)Cikgu Fazri adalah seorang yang berjiwa muda (mungkin), oleh
kerana kamu adalah seorang murid sudah tentu juga kamu seorang yang muda.
Soalannya, adakah kamu senang berkawan dan bergaul dengan beliau?
Umie:
Saya teramatlah senang bergaul dan berkawan
dengan beliau kerana walaupun beliau seorang pendidik, tetapi beliau tetap
berfikiran seperti anak muridnya, beliau tidak terlalu serius dalam sesuatu
perkara dan semua perkara kebanyakkan hanya lah bergurah senda.
Kyra: Sebenarnya memag cg berjiwa mude pun bagi saya. Hehe.. Sebab keluor
dengan budak-budak kelas.. tengop bola. Rela
bangun (awal pagi) sebab bola... Memang the best lah.. Faham perasaan budak-budak.
Saya tak tahu macam mana cg ambil hati saya dengan kawan-kawan sampai kita orang
sayang sangat cg..

Ruby:
Ya sememangnya berjiwa
muda. Semakin lama dengan beliau dalam sesi pembelajaran macam-macam perkara
diceritakan. Apalagi satu fikiran tentang bola dengan budak-budak lelaki
classmate. Memang boring. Diajak lepak tak kisah. Diajak berbual tak kisah. Diajak
buat lawak tak kisah. Tapi ada masa main, main laa.. ada masa belajar, belajar
lah ye. Menjadi tempat luahan tentang perkara yang terjadi kat kiteorang satu
classmate pun tak kisah. Beliau selalu dengar dan layan kerenah kiteorang. Dalam
banyak-banyak cikgu honestly memang senang berkawan dan berguru dengannya. Bagi
saya, cikgu ni unik laaa. ada ke cikgu lain macam cikgu ? Macam-macam hal kot
beliau buat. Macam-macam aktiviti. Dan insyaAllah semuanya hal baik-baik.
# Pelbagai tanggapan
tentang cikgu. Tapi tak semuanya benar. So, Dont judge the book by its cover
and if you dont know it please dont guest it because you might be wrong about
that. And of course, dont trust rumours. Lebih baik tanya dengan tuan empunya
badan untuk kesahihan sesuatu cerita. Ini luahan dari hati. Sorry cikgu kalau
terasa. :)
Syahirah: Saya senang berkawan dengan cg Fazri mungkin sebab dia
seorang yang memahami jiwa student-student dia yang muda (mungkin sebab cg pun
berjiwa muda) Ini saje jawapan dari saye.. Ikhlas dari hati ni.
Berikut
adalah jawapan wakil pelajar lelaki. Dijawab oleh Afiq. Tapi agak keliru juga. Katanya hanya menjawab soalan 6. Entah
kena entah tidak dengan soalan.
Assalamualaikum..
û
Mood yang tidak menentu – tapi itu sudah
menjadi lumrah seorang manusia mempunyai ‘mood’ yang selalu berubah.
Kadang-kadang Encik Fazri melangkah masuk ke kelas dengan menampakkan riak
wajahnya murung ataupun masam mencuka maka suasana kelas akan menjadi sunyi,
yang kedengaran hanyalah kipas usang di syiling. Yang bercerita bagai nak rak
menjadi kaku bisu tiba-tiba, yang lewat masuk ke dalam kelas tunduk tanpa
berbicara, yang menyandang jawatan ketua kelas terketar-ketar bagaikan cili
dicolet ke mulut untuk memberi salam. Suasana kelas akan terus sunyi
sehinggalah Encik Fazri sudah mula tersenyum lalu membuat jenaka dan suasana
kelas akan terus berubah menjadi bising seperti wartawan-wartawan yang sedang
menemu ramah artis popular. Hal ini yang menyebabkan kami senang berguru dengan
beliau.
û
Dahulu semasa awal kemasukan kami ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Omar, kami takut untuk menegur Encik Fazri mungkin
kerana riak wajahnya yang garang. Bahkan apabila terserempak ada yang cuba
mengelak. Kami menyangkakan bahawa Encik Fazri seorang yang garang , rupanya
tafsiran kami salah sehinggalah kami kenal dengan beliau semasa beliau
ditugaskan untuk mengajar kami subjek Prinsip Perakaunan. Benarlah bak
peribahasa tak kenal maka tak cinta.
û
Encik Fazri seorang guru yang tegas. Setiap
kali diberikan tugasan jikalau pelajarnya tidak Berjaya menyiapkan mengikut
waktu yang ditetapkan, maka hukuman akan dijalankan. Tapi kami tahu bukan niat
beliau untuk menghukum tetapi beliau mengajar kami untuk melakukan kerja mengikut
masa yang ditetapkan. Dalam menghukum, beliau masih lagi tersenyum dan ada saja
yang keluar dari mulut beliau yang dapat menyenangkan hati kami. Beliau amat
berbeza berbanding dengan guru-guru yang lain yang membuatkan kami selesa
bergaul dengan beliau.
û
Berfikiran terbuka yang membuatkan kami senang
dan suka berkawan serta menceritakan apa-apa perkara kepada beliau.
û
Selalu menegur kami sekiranya sering melakukan
kesalahan. Beliau juga bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu kepada anak
didiknya tanpa mengeluh. Mengajarkan kami sesuatu yang tidak faham sehinggalah
faham. Ini memudahkan untuk bertanyakan soalan kepada beliau.
û
Kami berharap kami akan berjumpa lagi dengan
beliau di kemudian hari dan tidak akan melupakan jasa dan ilmu yang telah
diterapkan kepada kami. Tiada guru lain yang dapat menggantikan tempat beliau.
2 comments:
klako ah
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment