Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, August 15, 2007

Dunia Baru

Nama saya Muhammad Firas Faiq bin Fazri. Saya dah berumur 8 bulan.Baru tumbuh gigi dan baru pandai merangkak.Baru-baru ni ayah saya gunting rambut saya. Sebab tu nampak macam pendek ni. Kalau tak gaya rambut saya macam mamat Jepun. Ayah saya tu bukannya pandai gunting rambut pun. Tapi dia berlagak nak gunting sendiri. Katanya DIY. Punk lah tu kononnya. Sebenarnya bukan gunting sangat pun. Banyak guna mesin. Sebab tu dia berani. Kalau tak mesti rambut saya ni macam Abu Bakar Ellah. Dalam pada tu pun 'sepeng' jugak rambut saya ni dek kerana ketidakpandaian ayah saya tu. Okeylah, saya nak pergi main dulu. Nak pergi panjat kerusi, sepahkan suratkhabar, bla bla bla.. tapi saya banyak belajar dari aktiviti saya tu. ok, tata..


1 comment:

malammalam said...

haha! comel la anak & bapak...