Teringat kepada lagu The Rotten – band punk KT era pertengahan 90-an. 1 lagu berkenaan dengan petrol car yang terdapat daripada satu-satunya demo mereka (kalau tak silap) bertajuk “Skecth Your Brain”. Ada sikit kertroversi sebenarnya berkenaan dengan tajuk demo ini bagi frontman mereka.
Hari ini sebenarnya 22.06.2008 bersamaan hari Ahad (mungkin tak sama dengan tarikh dan masa yang dipost pada blog ni. Sebabnya aku tak pandai IT). Di terengganu hari ini hari pertama kerja. Macam biasa aku keluar rumah untuk ke tempat kerja pada pukul 6.15am. Sebenarnya untuk ke tempat kerja, ada 2 jalan. 1 jalan dekat sikit berbanding yang satu lagi. Yang dekat tu ada 3 traffic light sebelum ke titik pertemuan dengan jalan yang satu lagi tu yang tak ada traffic light. Jalan yang takde traffic light ni ialah jalan di tengah-tengah Bandar. Jadi, tak boleh nak pandu laju sangat sebab banyak belok. Jalan yang satu lagi, walaupun ada traffic light, tapi pagi-pagi macam ni biasanya hijau je memanjang. Masalahnya traffic light yang pertama tu aku terpaksa u-turn sedangkan tempat tu tak boleh u-turn. Memandangkan aku ni konon2 seorang punk, aku lalu jugak jalan tu. I fought the law, and I won!
Jadi, pagi tadi aku lalu jalan tu macam biasa. Walaupun langit tak selalunya cerah, langit pagi memang cepat cerah. Selepas aku u-turn, nak jadi cerita aku nampak kereta belakang kat atas bumbungnya berkelip-kelip lampu warna biru. Seperti yang dijangka, aku disuruh ke tepid an buku saman dikeluarkan dari keretanya. Aku pun buat muka sedih, bagitau yang aku nak ke sekolah di Dungun, mengajar, nak cepat, minyak pulak mahal sekarang, tolonglah jangan saman. Kawan2 cakap kalau bagitau kita cikgu, kebarangkalian untuk lepas tinggi. Tapi nasib aku tak baik. Dia Tanya nak settle macamana? Aku takut jugak nak jawab, takut terperangkap. Last2 dia bagi hint. “Kita bertiga je ni”.(aku, dia dan dia sorang lagi).
Alamak.. tak cukup masa la. dah kena pergi ni. Aku sambung lain kali la. tak tau la bila tu.
2 comments:
apende kontroversi nama demo 'sketch your brain' tu??? huhu...
silap. bukan nama demo. kulit demo. kan?
Post a Comment