Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, July 23, 2008

Wajah-wajah gembira di jalanan Bosnia

Radovan Karadzic kau memang binatang
Anak kelahiran anjing hitam

Itu antara bait lagu 'Malapetaka' yang dinyanyikan oleh kumpulan The Bollocks kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu.
Semalam, 22 Julai 2008, penjenayah perang yang amat dikehendaki di Eropah itu diberkas ketika keluar dari persembunyian dan menaiki bas di pinggir Belgrade. Karadzic ditahan dan menghadapi 15 tuduhan jenayah perang termasuk pemusnahan etnik dengan sengaja, pembunuhan dan tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ketika perang Bosnia 1992-1995. Maka yakinlah, doa orang-orang yang dizalimi itu makbul dan orang tua-tua kita pun selalu berkata "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".

No comments: