Suatu petang aku punya masa terluang dan aku gunakan masa tersebut untuk merumput. Sedang aku membuang rumput-rumput liar di sekitar anak pokok halia, aku nampak macam kenal je dengan sejenis tumbuhan yang turut tercabut bersama rumput-rumput liar. Ya, memang tidak salah lagi, itulah dia yang dipanggil pokok pegaga yang sedap dibuat ulam (baca: awet muda). Elok pulak ia tumbuh sekitar anak halia tu. Aku tak tanam pun. Mungkin inilah asal-usul peribahasa “pucuk dicita, ulam mendatang”. Pokok pegaga ni pun satu, masa aku tanam dulu bukan main susah nak hidup, nak kena jaga, matinya pun cepat. Mungkin tak sesuai dengan tempat dan medium kot. Tapi kali ini ia tumbuh sendiri. Mungkin tempatnya sesuai. Kena jaga betul-betullah kali ni. Syukur. Bukan itu sahaja. Dalam pada aku duduk merungut (tak baik betul aku) yang tanah aku ni tak elok untuk tanaman, keras berbatuan, tiba-tiba tumbuh pulak dua tiga pokok mangga/mempelam. Aku perasan pokok-pokok ini tumbuh daripada biji mempelam yang dicampak buang (selepas dimakan). Nah, ini pun rezeki jugak. Syukur lagi! Lepas ni aku tak bolehlah (tak sepatutnya) aku merungut pasal
tanah aku ni.
No comments:
Post a Comment