Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Sunday, March 15, 2009

DRSA baru

Ramai orang tanya bila DRSA baru nak keluar. Ada yang bertanya selepas sebulan DRSA #9 dikeluarkan. Dalam tempoh sebulan? Keluar isu baru lagi? Ingat aku ni tak ada kerja lain ke. Ingat DRSA ni macam majalaj Dewan Masyarakat ke? Hahaha..

Ada seorang rakan menulis dalam zinenya bernama Masked Reader bahawa buat zine ni lebih seronok bila kita buat kerana minat, bukan kerana nak memenuhi tuntutan pembaca - itu dah jadi tanggungjawab. Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Malangnya antara orang yang terawal bertanya bila DRSA baru nak keluar ialah rakan aku yang seorang ni lah. Maka, apabila ramai sangat yang bertanya soalan macam ni, jawapan selamat aku ialah 'akan datang'. Akan datang tu bila? Akan datang tu.. akan datang la. Habis cerita.

Sebenarnya aku bukan tak ada kerangka masa untuk mengeluarkan DRSA baru. Ada. Tapi biarlah DRSA #9 habis terjual dahulu. Dan sekarang dah tinggal beberapa naskhah lagi. Bermakna, akan datang tu dah semakin hampir. Jadi, tuan/puan bolehlah jangka DRSA#10 akan keluar dalam bulan April/Mei. INsyaAllah. Sama-amalah kita berdoa ini akan jadi kenyataan. Ameen.

5 comments:

malammalam said...

a'kum...
buat zine releven lagi ke skarang? mestilah!!
(sendiri tanya, sendiri jawap)

ouh..ouh.. bercerita pasal masked rider, baru2 ni saya berkesempatan menyaksikan kesudahan siri 'ksatria baja hitam'..
mmg syahdu jugak tengok watak 'belalang tempur' mati secara kamikaze dlam usaha menyelamatkan baja hitam... :(
harap maklum..


apa pun boh, harap 'akan datang' tu akan datang dikala ia patut datang.. jgn cakna la orang tanya bila... dah tentu kata buat zine kena sronok,kan.. :P

gile panjang taip kat sinih!
babye!

malammalam said...

soalan sebenarnya;

bila saya 'akan datang' ke dungum?
*wink*

Cursive said...

anda patut datam sekarang juge ke dungun.. huhu.. aku pon dok pnoh sampei lagi ke rumah che'gu fastri nih.. abam kawin sama maya karim 4 april ni, betul kah gossip yang ku dengari ini?

FastRi said...

aku peduli hapa relevan ke tak. huhu..
4 april ke? senyap tupah je
oh.. akan datang ke dungun tu bila-bila masa buleh. puah ajok doh. malas doh aku nak ajok. nak mari, mari je lah. jual mahal etek

malammalam said...

saya tidak la jual mahal sangat, tapi kalu muroh sgt jadi tak 'rare'.barang 'rare' la baru mahal.. ke guane?

alang2 mari tu, kita gi la air terjum paling tinggi nun... ke guane?

senang kabo, i came there when i came araound... *pasang intro lagu greenday seround!!*

"i heard u cryin loud...
all the way across dungum.."