Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, July 01, 2009

Taman Astakoya

Baru-baru ni orang rumah saya masak goreng kangkung. Kangkung tu diambil dari taman di atas. Seperti yang ditulis dalam DRSA dulu, tanam kangkung ni bukannya susah sangat. bukannya kena beli benih pun. Beli je kangkung untuk dimasak. Batangnya tu rendam dalam air. Insya-Allah hiduplah ia.

Selang beberapa hari, orang rumah saya masak tomyam. Kebanyakan bahan-bahannya pun diambil dari taman di atas dan di sekeliling rumah. Daun limau purut, serai, cili, kacang panjang. Senang, tak perlu lagi ke pasar, tak perlu lagi beli kiub tomyam ke, ajinomoto ke, yang ternyata mengandungi bahan kimia.
Baru-baru ni juga, semasa kunjungan hormat ibubapa mertua saya, Ibu mertua saya kata "manis kacang panjang kat sini, tak macam kat Johor." Kacang panjang tu sebenarnya yang saya tanam.
Antara tanaman lain dalam taman astakoya tu ialah ulam raja, limau kasturi yang baru berbuah sulung, dan kacang botol yang masih belum mengeluarkan hasil.
Seronok kawan-kawan bila kita makan hasil dari titik peluh kita. Tambah lagi menjimatkan. Nak masak pun senang. Bahan segar pula tu. Tanpa mengandungi bahan kimia (kalau kita tak bubuh la). Bukan susah sangat pun nak tanam. Mulakan dengan tanaman yang mudah hidup seperti cili, sawi dan ulam raja. Ambil masa sikit hujung minggu tu untuk bercucuk tanam sambil mengeluarkan peluh. Hari-hari lain tu tinggal siram je. Ambil masa lebih kurang 5 minit je. Senang bukan? Sungguh punk. Tak perlu kawasan yang luas pun. Boleh tanam kat kaki lima rumah ke, dekat anjung ke, dekat dapur pun boleh. Ayuh kawan-kawan. Mari kita berbudi kepada tanah. Berubah atau rebah, kah kah kah!

7 comments:

the farouk said...

adakah itu sebuah taman wahai fastri..aku melihatnya seperti sudut tinggalan...apa2 pun..tahniah la atas keberjayaan anda dlm tanaman kangkung,..maklumlah pak lah promot suruh berbakti pd tanah...anak2 buah dia wak slalu..kah kah kah...tau ke Tok Guru..kene piak nge rebee...

FastRi said...

nama pun koya. erk.. dokkang nak berbudi kepada tanah pun tok guru nok piat. Nebeng ngak tok guru tu

mohd kazziman said...

taman astakoya eh?

syik s. said...

weihh....untung2...arituh aku nak masak ikan stim..aku tatau yang adik aku ssi timah tu ada tanam limau purut...aku boleh pulak soh adik laki aku pegi beli daun limau purut kat kedai...wat rugi je!!!

FastRi said...

cho,
koya je lebih

syik,
lenkali kena tawaf rumah dulu, tgk apa yg blh diguna untuk dimsk

Cursive said...

mase aku kecik2 dulu ibubape aku pon ade menanam jugok, cili, buah rozel, jagung, sayur-sayuran spt kacang panjang dan timun, timun cina (tembikai), daun kari dan bermacam2 lagi, tu rumoh lame kat marang, kat rumoh skrg pon ade jugok laa spt daun kari, limau purut dan herba2 lain, memang menjimatkan

People of the Planet..... said...

tahniah..nampak awak lebih gigih dari saya dengan bungkusnya bendi 12 lubang di tepi rumah sewa!