Dengan lidah terbakar ku suarakan keresahan

Wednesday, September 16, 2009

Coretan di dinding


2,3 hari lepas aku terdengar pengetua baru memberikan maksud vandalisme semasa bersembang dengan PKHEM. Vandalisme = perbuatan merosakkan harta-benda awam. Merosakkan harta-benda awam bukan sahaja bermaksud merosakkan fungsi sesuatu benda, malah menconteng atau mencoret sesuatu pada sesuatu benda tersebut juga boleh dikategorikan sebagai vandalisme.




Kalau di sekolah, coretan di dinding biasanya boleh dilihat di belakang-belakang blok, dalam tandas, dan juga di ruangan tanda. Aku suka juga baca coretan-coretan di dinding ini. (iklan: teringat satu coretan di dinding ruangan tangga di sebuah dewan kuliah masa belajar dulu. Sebuah pantun yang bersambung-sambung, yang disambung oleh orang yang berlainan. Agaknya tengah bosan menunggu kelas bermula) Macam-macam yang dicoret oleh para pelajar.




Aku suka mengkategorikan coretan ini kepada dua: 1) coretan berbentuk luahan perasaan akibat tidak puas hati terhadap sesuatu perkara; 2) coretan mengenai minat penconteng. Bagi kategori pertama, amatlah menyakitkan hati pihak yang berkenaan. Biasanya pihak pengurusan dan badan disiplin yang menjadi target. Aku tidak menganggotai badan disiplin, tapi aku rasa macam nama aku pun pernah ada di satu ruangan tangga. Aku syak ia dilakukan oleh budak yang tidak puas hati sebab aku gunting rambut dia. haha.. Aku tak kisah sangat pun dengan contengan tersebut.





Bagi kategori kedua, macam-macam boleh jadi bahan atau subjek contengan. Yang minat muzik, mereka akan mencoret nama kumpulan yang mereka minati. Bagi yang jiwa-jiwa berbunga, ada lah frasa-frasa tertentu untuk melepaskan hawanya. Pokoknya, macam-macam perkaralah.


Ada orang kata coretan-coretan sebegini menunjukkan yang pencoretnya adalah seorang yang kreatif. Ada yang kata ianya bagus untuk terapi minda kerana dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam benak. Ada yang kata menyemak! Ada yang kata perbuatan tersebut tak baik - nanti kena minta maaf dengan semua orang sebab itu adalah harta awam.

foto di atas dirakam pada meja dua orang pelajar perempuan tingkatan 2.

9 comments:

Mince4AM said...

kanak-kanak kecil juga suka menconteng.
kanak-kanak pekak pun suka menconteng
remaja-remaji memang suka menconteng,
lebih parah remaja-remaji menconteng arang ke muka org tua

rizie said...

ade dok die conteng "inikahhidup" kat dinding tu? :-p

SetJiweLuke said...

[img]http://img2.uploadhouse.com/fileuploads/4612/4612432e6382648951e6dce0d9bb37cdde9e1f6.jpg[/img]

lipasliterasi said...

Vandalism = datang dari suku kaum Vandal di Eropah, masa dia dok di Sepanyol, bila geng Islam mari, nama tempat bertukar menjadi Vandal, Vandalus, Andalus, Andalusia.
Macam jugak, perkataan Philistine, dtg dari kaum Palestine (cannaittes) di Palestin
Aku percaya banyak lagi perkataan yag datang dari nama kaum.
Samseng, dengar kata datang dari perkataan Bintang tiga- Sam-tiga Seng- bintang, ye ke dok aku dok tau.
Cheee- macam tau-tau je. Aku ngarut je.

FastRi said...

mince,
naudzubillah

Rizie,
Dum Dum Tak ada la. + Rizie rock star

Matyi,
aku wase mu manusia wikipedia

kerk said...

hahaha...
aku pom suke conteng..
aku suke conteng lirik marjinal ngan the gags...
aku ni dlm ketogori nape fazri?

Cursive said...

ganah ngguh

FastRi said...

kerk kategori tangan gatal haha

Buah Pulasan said...

anak-anak murid cikgu semuanya hardcore!